Harian Metro

Usah bawa isu rumah tangga di media sosial

-

Macam main teka-teki pula pasangan selebriti ini mengenai status perkahwina­n mereka. Sebelum ini ada yang mendakwa rumah tangga pasangan ini goyah tetapi mereka nafikan.

Namun, dakwa teman Cik Pang yang aktif dalam media sosial, situasi ditunjukka­n pasangan suami isteri itu jauh berbeza daripada yang didakwa menerusi media massa.

Kata teman Cik Pang, si isteri dikatakan sering meluahkan rasa sedih kerana berasakan diri terabai. Si suami pula selalu berkongsi rasa geram sebab ada yang mengganggu rumah tangga mereka.

Apabila lihat semakin ramai manusia memilih meluahkan isi hati dalam media sosial, Cik Pang jadi kasihan.

Yalah, hal rumah tangga sepatutnya diselesaik­an dengan cara bersemuka dan berbincang dengan pasangan masing-masing. Bukan melalui perkongsia­n pendapat orang luar yang ada kala lebih sudu daripada kuah.

Bukankah lebih baik dapatkan nasihat daripada orang tua, pakar agama, kaunselor dan mereka yang lebih mengenali siapa kita berbanding orang luar?

Cik Pang hanya mampu berpesan agar berpadapad­alah meluahkan rasa tidak puas hati, geram, sedih, marah dan keburukan pasangan masing-masing di media sosial.

Mungkin mereka perlu diingatkan yang mereka berkahwin dengan pasangan mereka, bukan dengan senarai pengikut laman sosial. Bimbang juga kalau amalan ini berterusan, ia akan lebih memburukka­n keadaan dan timbul fitnah yang lain pula.

Cik Pang berharap perkahwina­n pasangan selebriti ini dan semua pasangan suami isteri yang membaca ‘bebelan’ Cik Pang ini terus dilimpahi rahmat serta kekal sehingga ke jannah. Amin!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia