Harian Metro

Dialog, ekspresi wajah semula jadi

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kehadiran Shahz Jaszle mula mendapat perhatian selepas memegang watak utama dalam drama Asmara. Selepas itu satu demi satu drama lakonannya berjaya mencuri tumpuan penonton.

Dalam meniti kerjayanya, Shahz menjadikan Faizal Hussein sebagai pelakon yang ingin dicontohi. Baginya, sehingga ke hari ini pelakon yang terkenal dengan filem Gila Gila Remaja itu masih relevan di pentas seni lakon.

Katanya, apabila bercakap mengenai pelakon yang boleh dijadikan idola, dia akan memilih Faizal Hussein.

“Lakonannya bersahaja, caranya berdialog serta ekspresi wajah dan bahasa tubuh semuanya dilakukan secara semula jadi.

“Sikapnya yang tidak pernah mendabik dada, sentiasa rendah diri, peramah dan memberikan layanan sama kepada semua orang membuat dia menjadi kesayangan peminat.

“Tanyalah mana-mana artis termasuk saya, siapa yang tidak mahu kariernya berjalan lancar sama sepertinya? Dia pernah berehat seketika dari dunia lakonan tetapi apabila kembali aktif, tidak ada yang sukar kerana sebelum ini Faizal sudah pun membina kredibilit­i yang cukup kuat,” katanya.

Bagi Shahz atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, kemunculan semula Faizal ketika ramai pendatang baru sedang meningkat popular tetapi sebaik saja kembali, dia terus ditawarkan berlakon dalam beberapa projek.

Katanya, tidak ramai artis pada masa kini yang berjaya mengabadik­an nama mereka di hati peminat.

“Pelakon veteran sehingga ke hari ini masih dikenali dan diingati manakala pelakon baru kebanyakan­nya hanya dikenali ketika kerap muncul di televisyen.

“Mungkin kami juga akan menjadi seperti mereka 30 tahun akan datang tetapi ada kemungkina­n nama kami akan terus dilupakan generasi muda,” katanya.

Pernah sama-sama berlakon dalam filem

Azura 2012, Shahz terkilan kerana tidak ada babak yang menyatukan mereka berdua. Dia berharap ada peluang menggandin­gkan mereka berdua.

Sedang belajar menghasilk­an filem pendek, terlintas difikirann­ya untuk menjadikan Faizal sebagai pelakon dalam karya arahannya itu nanti.

“Peluang untuk berlakon bersama mungkin tidak ada tetapi saya pernah terfikir untuk menjadikan­nya sebagai seorang pelakon dalam karya saya nanti.

“Ia adalah satu penghormat­an buat saya kalau Faizal sudi menjayakan filem pendek itu nanti. Bagaimanap­un, menawarkan watak untuk pelakon sehebat itu memerlukan ketelitian.

“Saya tidak boleh sukasuka panggil begitu saja. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah skrip dan jalan cerita itu harus kuat dan menarik,” katanya.

Selain Faizal, Shahz juga menamakan Noor Khiriah sebagai seorang pelakon dikagumi malah dianggap serba boleh.

Katanya, berilah apa saja watak dia boleh melakonkan­nya dengan baik.

“Sebaik-baik pelakon bagi saya adalah mereka yang boleh berlakon dalam apa saja genre drama. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil.

“Apabila Noor Khiriah berlakon watak sedih, dia membawa penonton menangis bersama. Apabila dia berlakon komedi, orang akan ketawa terbahakba­hak.

“Kepelbagai­an melakonkan watak itu jarang ada pada pelakon sekarang. Ada yang boleh melakonkan tetapi mungkin tidak sebaik ketika dia membawa watak sedih,” katanya.

Shahz akui dia pernah ditawarkan watak lelaki lembut dan melihatnya sebagai karakter paling mencabar yang pernah dilakonkan.

“Pada mulanya saya terfikir tidak mampu melakukan tetapi pengarah banyak memberi bantuan,” katanya.

Drama lakonannya, Mr Stalker arahan pengarah dan pelakon Rusdi Ramli kini ditayangka­n di saluran Hypp TV.

 ??  ?? SHAHZ Jaszle
SHAHZ Jaszle
 ??  ?? NOOR Khiriah
NOOR Khiriah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia