Harian Metro

Tidak gusar dengan saingan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Bermula dengan program realiti pencarian bakat, tiga pengacara ini, Nana Mahazan, Reza Mohamed dan Nabil Mahir terus bertahan walaupun dalam waktu sama banyak penggiat muda muncul dan mewarnai industri seni tempatan.

Wajah mereka menjadi pengacara pula bertukar ganti dari satu stesen TV ke stesen TV yang lain, malah ada antara mereka bergelar pengacara kerjaya mereka tidak panjang.

Bagaimanap­un tidak bagi mereka ini kerana terus mengorak langkah, mencari tempat dan mempertaha­nkan kerjaya sebagai pengacara.

Bakat Nana dan Reza dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia sebagai penyanyi dan menerima pendedahan sebagai pengacara selepas bergelar penyampai radio Era manakala Nabil melalui program pencarian pengacara On Air terbitan Astro.

Ditemui dalam sesi fotografi khas sempena Aidilfitri, Nana atau

Nurul Hana Che Mahazan yang kini kembali aktif mengacara dan mengendali­kan program Pop TV dalam TV9 bersama Nabil akui tidak pernah kesah soal persaingan mahupun bimbang dengan kemunculan ramai pengacara baru, jauh lebih cantik dan muda.

Katanya, dia tidak perlu bersaing sebaliknya menyertai mereka dengan bekerjasam­a bagi memantapka­n program dikendalik­an itu jauh lebih baik dan positif.

“Saya tidak perlu gusar dengan persaingan, sedangkan penonton program saya kendalikan sebelum ini rata-rata memberikan komen mahu melihat diri saya sebenar dan tidak suka saya jadi orang lain.

“Saya tidak pernah impikan menjadi pengacara popular kerana apa yang saya lakukan ini sekadar minat dan bagi memenuhi waktu terluang.

“Dulu saya membuat keputusan menghentik­an segala aktiviti seni kerana mahu memberikan ruang agar dapat menumpukan perhatian kepada keluarga terutama dalam membesarka­n anak-anak yang masih kecil ketika itu.

“Kini selepas hampir tujuh tahun dan anakanak sudah boleh berdikari, membuatkan saya berasakan tidak ada masalah untuk aktif semula. Kebetulan juga permintaan itu ada untuk saya menyanyi dan mengacara, jadi saya rasakan mengapa tidak,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga menjelaska­n dia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan pendatang baru dalam bidang pengacaraa­n seperti Nabil.

Katanya, menerusi bakat muda ini banyak perkara dia belajar bagi memantapka­n lagi gaya persembaha­nnya di depan kamera mahupun umum.

“Saya beruntung apabila ada pihak mahu menggandin­gkan saya dengan orang baru. Saya boleh belajar daripada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia