Harian Metro

Segak berbaju Melayu

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kebelakang­an ini, apabila ramai jejaka memilih untuk menggayaka­n kurta mahupun jubah pada pagi raya, ramai beranggapa­n pakaian tradisiona­l kita sudah makin dilupakan.

Namun tidak bagi selebriti lelaki tempatan yang tetap memilih untuk berbaju Melayu bagi menghadiri majlis keramaian sempena kedatangan Syawal.

Fesyen itu sendiri satu evolusi dan sudah tentu fesyen baju Melayu mengalami pelbagai evolusi bagi diselarask­an dengan gaya terkini, agar ia terus hidup dan menjadi pilihan.

Apa yang penting, baju Melayu tetap menjadi pilihan seperti pengacara popular Awal Ashaari yang memang sedia maklum amat gemar berbaju Melayu.

Walaupun potongan bajunya mengikut susuk tubuh, penggayaan­nya tetap dilakukan dengan tertib tradisi. Memilih baju Melayu cekak musang bersama samping mewah tenun Terengganu, membuatkan penampilan Awal nampak mewah.

Baju Melayu teluk belanga dengan fabrik lembut warna kuning cair membuatkan Zizan Razak tampak manis sesuai dengan susuk tubuh dan warna kulit. Tambah pula apabila dia memilih kain pelekat sebagai samping. Ia membuatkan penampilan­nya begitu klasik.

Aizat Amdan juga nampak segak apabila memilih menggayaka­n baju Melayu sedondon hitam dengan samping bertekat benang perak. Aksesori cermin mata hitam melengkapk­an gaya, lebih cantik sekiranya penyanyi dan komposer terkenal itu mengenakan songkok tinggi.

Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita mengingati pemakaian baju Melayu pada zaman 1960-an.

Ada yang mengatakan lelaki tidak sesuai berbaju warna merah jambu tetapi sebenarnya untuk baju Melayu, warna sedemikian paling digemari dan ia tidak menjadikan jejaka yang menggayaka­nnya hilang sisi maskulin. Buktinya, Johan As’ari tetap nampak kacak dalam persalinan merah jambu dengan samping warna sedondon pekat.

Kasual dalam klasik, pengacara dan penyampai radio Issey Titan atau Fazlisham

Mat Hussin memilih untuk mengenakan baju Melayu dengan gaya pilihan anak muda sekarang iaitu bersama jean dan kasut sukan. Begitupun, memakai tengkolok membuatkan penampilan­nya begitu ranggi dan menarik perhatian.

 ??  ?? 2. 3. 4. 5.
AIZAT AMDAN
2. 3. 4. 5. AIZAT AMDAN
 ??  ?? JOHAN AS’ARI
JOHAN AS’ARI
 ??  ?? AWAL ASHAARI
AWAL ASHAARI
 ??  ?? ISSEY FAZLISHAM
ISSEY FAZLISHAM
 ??  ?? ZIZAN RAZAK
ZIZAN RAZAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia