Harian Metro

Kami bukan XPDC Junior

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kumpulan dianggotai tiga anak muda, Mohd

Asrul Hakimi atau Akeem (vokalis), Mohd Asrul Najmi (Jimmy-bass) dan Nik

Mohd Arif (Arif-gitar) serta dikenali sebagai Payslip, mungkin masih bertatih untuk dikenali.

Bagaimanap­un selepas single terbaru, Semangat Yang Hilang sering diputarkan di radio sejak dua bulan lalu, semakin ramai membuka mata sekali gus ada melabel mereka sebagai ‘XPDC Junior’.

Masakan tidak, Semangat Yang Hilang adalah antara lagu ‘berhantu’ pernah dipopulark­an kumpulan XPDC lebih dua dekad lalu.

Kata Jimmy, penerimaan pendengar terhadap lagu itu setakat ini sangat positif. Namun, ada juga yang komen kenapa lagu rock itu tiba-tiba sahaja bergenre pop.

“Sebenarnya kami buat ini sebab nak tunjukkan perbezaan antara kumpulan legenda itu dengan Payslip. Kami buat cara sendiri.

Kalau sama sahaja tanpa perubahan, lebih baik tak perlu buat,” katanya.

Jejaka berusia 21 tahun itu akui walaupun projek khas menyanyika­n semula lagu XPDC itu yang turut menampilka­n Izo sebagai gitaris dianggap berjaya mendapat perhatian, ia bukan alasan mereka meneruskan projek sama pada masa depan.

Katanya, rakaman semula lagu itu dilakukan sebagai penghormat­an kepada kumpulan legenda itu. Ditambah pula ramai melabelkan mereka sebagai XPDC Junior kerana adanya hubung kait antara Payslip dengan XPDC kerana Arif ialah anak pemain gitar XPDC, Izo (Mohd Zulkifly

Nik Hussin) dan bekas anggota Payslip, Syazwan pula ialah anak pengurus XPDC, Yazid.

“Selain itu, kami rakam semula lagu itu sebab ada permintaan daripada syarikat rakaman Warner Music yang mahukan lagu itu disampaika­n semula dengan susunan muzik lebih segar.

“Setakat itu sahaja projek lagu XPDC, selepas ini kami tak nak buat lagi. Kami tak mahu orang terus label kami sebagai XPDC Junior,” katanya.

Disebabkan mahu berdiri dengan identiti sendiri, kumpulan yang pernah muncul dengan single Syurga Sang Pecinta tiga tahun lalu mula mempersiap­kan diri dengan beberapa lagu baru.

Arif berkata, dia menyiapkan beberapa material yang dianggap sesuai untuk mewakili identiti muzik mereka yang lebih kepada genre persis muzik dibawa kumpulan Coldplay dan Maroon 5.

“Genre dimaksudka­n lebih kepada pop rock, alternatif rock, ‘post-Brit’ pop. Apa yang penting serasi dengan jiwa kami,” katanya.

Berkongsi minat sama dalam muzik, anggota Payslip masing-masing bergelar pelajar jurusan muzik di tiga Institut Pengajian Tinggi (IPT) berbeza, tiada masalah untuk berkumpul bagi tujuan latihan atau persembaha­n pentas.

Mereka yang menuntut di Management Science University, Shah Alam (MSU), Aswara Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), akan berkongsi jadual kelas masing-masing untuk memudahkan perancanga­n latihan untuk persembaha­n.

Biarpun kadangkala tertekan dengan tugasan, kuliah dan peperiksaa­n, perkara paling seronok saat bergelar pelajar ialah apabila dapat bercuti.

Sempena Syawal ini, mereka bersyukur dapat bercuti selama seminggu. Pada Ramadan lalu, mereka bukan saja sibuk dengan kuliah malah turut meluangkan masa memenuhi aktiviti anjuran syarikat rakaman.

“Kami banyak dapat jemputan ke acara berbuka puasa bersama anak yatim dan orang tua. Kami juga merakam semula lagu ‘mashup’ raya yang pernah dipopulark­an bersama Awi Rafael, Yassin dan Maya dulu,” kata Akeem.

Disebabkan ada lagu raya, mereka menggunaka­n peluang cuti seminggu ini untuk mempromosi lagu raya itu.

Jimmy juga berkongsi pengalaman lucu berpuasa tahun lalu. Katanya, ada sekali dia berbuka puasa di luar bersama rakan.

“Sebelum azan

Maghrib ada bacaan alQuran. Mungkin sebab terlalu lapar, bacaan alQuran itu saya sangkakan laungan azan, lalu terus jamah makanan yang terhidang.

“Apabila rakan saya tegur, baru sedar sudah tersalah dengar. Saya anggap ia perbuatan tidak sengaja. Tapi saya tetap berpuasa ganti awal tahun ini,” katanya.

 ?? TERIMA KASIH ??
TERIMA KASIH
 ?? FOTO ?? PAYSLIP
FOTO PAYSLIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia