Harian Metro

Dulu minat kini bisnes

- Sofiatul Shima Wan Chik metahad@hmetro.com .my

Pengaruh rakan baik ini bukan sahaja dalam industri seni tetapi Erra Fazira dan Umie Aida juga sangat disegani dalam dunia fesyen.

Sering kali gaya dan padanan fesyen mereka menjadi tumpuan dan ikutan peminat tegar. Walaupun tampil santai, mereka tetap nampak segar

Max Chic laris di tiga negara

dan bergaya setiap masa.

Sehubungan itu, dua jelitawan ini bersatu hati tampil dengan produk kolaborasi mereka, Max Chic. Kerjasama fesyen sulung ini ternyata mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia, juga di Brunei dan Singapura.

Rata-rata peminat fesyen dan khususnya pencinta tegar Erra dan Umie menantikan kehadiran mereka untuk bertemu mata dan membeli terus dengan selebriti kesayangan mereka.

Buktinya ketika Erra dan Umie muncul di Singapura pada 16 hingga 18 Jun dan Brunei pada 9 Jun lalu, mereka dikerumuni peminat.

Kata Umie, sambutan diberikan peminat membuatkan mereka berasa terharu kerana sentiasa memberi sokongan dan amat teruja setiap kali mereka membuat kemunculan.

“Memang diketahui umum bahawa kain jenis renda mahal tetapi dengan harga yang kami tawarkan melalui koleksi Max Chic, ia menjadi mampu milik dan ini membuatkan mereka sangat gembira,” katanya.

Bagi Erra, kain renda bukan sahaja boleh digayakan sewaktu perayaan tetapi juga boleh dipakai sewaktu majlis perkahwina­n atau formal.

Katanya, nama Max

Chic diambil sempena panggilan manja masingmasi­ng iaitu ‘mak cik’ dan terharu apabila ia kini menjadi produk yang hangat diperkatak­an dalam kalangan peminat.

“Sebenarnya cadangan kerjasama ini timbul tanpa sengaja ketika kami bertemu secara santai. Ternyata cadangan ini bernas kerana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia