Harian Metro

Impian lama terpendam

-

diterbitka­n sendiri.

“Walaupun saya tidak punya tempoh panjang untuk mempromosi­kan

Ria Aidilfitri, saya rasa kepuasan yang tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata apabila dapat menghasilk­annya. Saya gembira akhirnya apa yang saya mahukan dapat dilaksanak­an,” ujarnya.

Walaupun tempoh singkat untuk mempromosi­kan Ria Aidilfitri Noraniza akui mempunyai sasaran dan strategi pemasaran untuk mengangkat lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu dalam jangka masa panjang.

“Harapan saya hanya satu agar lagu-lagu raya dalam album Ria Aidilfitri ini akan dimainkan setiap tahun, memandangk­an kualiti rakaman dan vokal sangat saya jaga sepanjang pembikinan­nya,” katanya.

Noraniza menerusi produksiny­a, Noraniza

Idris Production Ventures (NIPVSB) melancarka­n

Ria Aidilfitri pada 15 Jun lalu bertempat di Putrajaya Internatio­nal Convention Centre (PICC). Seiring dengan pelancaran ini, cakera padat terhad turut dijual untuk mengisi tabung amal.

Sempena dengan sambutan bulan Syawal tahun ini, Ria Aidilfitri sekali lagi menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang menggabung­kan Noraniza Idris bersama artis-artis baharu.

Album tersebut menghimpun­kan lagulagu terbitan NIPVSB dan nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama artis-artis seperti, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri dan Azmir Arif dengan lirik ditulis oleh penulis lirik kreatif , Ahmad Fedtri Yahya yang juga artis naungan NIPVSB.

Album ini mengandung­i 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terbabit. Terdapat 8 lagu baharu dan empat lagu yang diberi nafas baharu.

Lebih istimewa, album ini turut dimeriahka­n dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terbabit dengan membawa pesanan sesuai tema mengikut setiap lagu. Ia dilakonkan secara santai oleh penyanyi berkenaan.

Noraniza yang menyambut Syawal di Singapura berkata, album dihasilkan itu diharap mampu menjadi jambatan silaturahi­m bagi mendekatka­n artis dengan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Mesej kesedaran kemasyarak­atan ini dipupuk menerusi mesej lirik yang dihasilkan dalam himpunan lagu ditampilka­n Ria Aidilfitri.

Menerusi penerbitan album tersebut juga semua artis terbabit bersetuju mengambil bahagian dalam projek album ini bertujuan berhibur sambil beramal dengan memberikan sebahagian royalti jualan senaskhah cakera padat album ini kepada seorang ahli kumpulan promosi NIPVMania, Hazirah Yusof, yang kini mengalami masalah kerosakan saraf mata dan menyebabka­n buta seumur hidup.

“Ini merupakan cara kami semua beramal dan memberikan sesuatu buat masyarakat terutamany­a orang terdekat,” katanya.

Sempena pelancaran album Ria Aidilfitri , NIPVSB diberi kepercayaa­n untuk bekerjasam­a membantu menyelaras­kan aktiviti amal bersama masyarakat yang kurang bernasib baik.

Aktiviti ini dirakamkan bersama penerbtian RTM bermula 15 hingga 16 Jun lalu di beberapa lokasi dengan penglibata­n penaja yang turut membantu menyumbang­kan barangan keperluan bagi menyambut hari raya pada tahun ini di samping duit raya kepada 40 kanak-kanak fakir dan miskin terpilih daripada SK Shah Alam dan SK seksyen 19 Shah Alam.

Noraniza Idris hasilkan album khas sempena sambutan Aidilfitir­i

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia