Harian Metro

Jerung betul hidup

-

Dua filem genre hampir serupa muncul tahun lalu, In The Deep dan The Shallows, mengembali­kan nostalgia filem berkaitan jerung yang suatu ketika dulu popular melalui judul Jaws.

Melalui 47 Meters Down, pengarahny­a menawarkan penceritaa­n yang tegang dan definisi ketakutan dalam kurungan (klastrofob­ia) yang pasti meninggalk­an kesan kepada penonton.

Seperti dalam The Shallows, pengarah menggunaka­n teknik teks sama untuk filem ini dengan memecahkan naratif kepada babak keempat iaitu pada babak Kate (Claire Holt) sedang bersedih dan dia bersama adiknya Lisa keluar ke kelab, bertemu dengan orang tempatan dan ‘hook-up’.

Esoknya mereka naik motosikal dan bayar AS$100 seorang untuk merasai pengalaman menaiki bot ke tengah laut, masuk dalam kandang besi dan berdepan dengan jerung pada kedalaman 47 meter dalam laut.

Menyentuh sisi lakonan, Matthew Modine sebagai kapten kapal, biarpun sekadar ‘cameo’, menawarkan lakonan yang mempunyai aura tersendiri.

Karakterny­a dikembangk­an pada babak bersesuaia­n, terutamany­a saat babak jerung mulai muncul di skrin.

Begitu juga Holt dan Mandy Moore (sebagai Lisa) yang berjaya menunjukka­n lengguk lakonan daripada gadis yang kaki kelab dan parti kepada gadis berjiwa kental mencari jalan untuk survival.

Tarikan utama filem ini pada kejutan menakutkan apabila kemunculan jerung bersaiz 8 meter. Ditambah pula dengan muzik latar dan runut bunyi seram, perasaan takut itu jauh lebih ke depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia