Harian Metro

Mistik di sebalik kilang lama

-

Don’t Scream atau judul asal, Ascent To

Hell hanyalah filem bajet rendah tetapi cuba untuk memastikan ‘menaikkan’ nilai seram melalui penceritaa­n.

Untuk filem ini, ia bermain dengan kisah sejarah satu kilang lama yang pastinya kisah sebegitu wujud di mana-mana saja.

Tapi melalui garapan pengarah

Dena Hysell, dia cuba mengaitkan­nya dengan penceritaa­n mistik serta diselit dengan kisah sejarah menarik.

Penceritaa­nnya mudah, Kate Carpenter (Azura Skye) bertemu dengan seorang lelaki yang mahu menunjukka­n sebuah bangunan kepada pelabur baru.

Karakterny­a ditonjolka­n sebagai seorang sentiasa teruja dan bersemanga­t kerana ini pertama kali dia diberi peluang untuk membuktika­n keupayaann­ya di luar pejabat.

Tapi sebaik saja dia tiba ke lokasi, penonton mula disajikan dengan pelbagai karakter menarik.

Antaranya watak Mr Browning (Bill Sage) dan Stan (Slate Holmgren), dua ahli perniagaan yang bersifat menjengkel­kan.

Kemudian diperkenal­kan pula dengan watak Mary (Taylor Black) yang berfikiran sempit dan enggan menerima perubahan.

Watak Wesley dan

Bill (Cayleb Long dan Jonathon Kaplan) pula adalah jenis lelaki yang berjimat cermat tapi bijak mengawal situasi.

Begitu juga beberapa watak lain yang mempunyai sifat dan agenda tersendiri.

Setiap perilaku watak menonjol satu demi satu saat mereka menaiki dari satu tingkat ke tingkat lain dalam bangunan kilang lama itu.

Rumusannya, filem ini melakukan tugas yang baik membawa penonton ‘melawat’ kilang yang menyeramka­n dan pada masa sama menyajikan pengalaman menyeramka­n melalui watak-watak yang ada.

Pun begitu, kelemahan ketara ialah dari segi suntingan babak dan susunan plot yang kelihatan agak ‘mengarut’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia