Harian Metro

Salamiah masak sendiri

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pada usia 66 tahun, penyanyi berpengala­man Salamiah Hassan masih kelihatan sihat dan cergas bertenaga.

Salamiah yang pernah popular dengan lagu Gelombang akui mengamalka­n pemakanan sihat.

Ibu kepada penyanyi Atilia Haron ini berkata, sejak dulu lagi dia tidak pernah sentuh makanan ringan sebaliknya suka masak sendiri.

“Saya suka masak sendiri. Jadi, setiap hari saya pastikan memasak hidangan sihat untuk menjamu selera. Kebiasaann­ya saya masak hidangan ringkas saja seperti tumis air yang tidak banyak menggunaka­n minyak,” katanya.

Salamiah yang tinggal sendirian selepas kedua-dua anaknya mendirikan rumah tangga berkata, masak sendiri juga menjimatka­n perbelanja­an.

“Apabila memasak di rumah, saya puas kerana ramuan dan rencah digunakan hasil air tangan sendiri. Begitu juga resipi disediakan. Selalunya hidangan dimasak pasti ikut selera saya pada hari itu,” katanya.

Mengenai hidangan kegemarann­ya, Salamiah berkata, dia suka makan daging yang dihiris nipis. Selain itu, dia juga suka makanan yang dimasak dengan bawang putih, lada hitam dan halia.

“Bawang putih mampu elak kolesterol, halia pula untuk buang angin dan lada hitam boleh panaskan badan. Bukan itu saja, kalau memasak perlu gunakan kunyit, saya lebih memilih kunyit hidup berbanding serbuk,” katanya.

Salamiah juga memberitah­u dia akan lebih berselera makan masakan sendiri daripada membeli di kedai.

Mengenai senaman, Salamiah juga selalu meluangkan masa untuk aktiviti jalan kaki. Katanya, dia memang sangat suka berjalan kaki.

“Apabila melakukan aktiviti ini (jalan kaki) saya dapat rasakan diri lebih sihat dan bertenaga. Pada usia sudah meningkat begini, aktiviti jalan kaki sebenarnya senaman yang baik untuk diamalkan,” katanya.

Bagi penjagaan kulit wajah pula, wanita kelahiran ibu kota ini memaklumka­n dia perlu ke klinik kulit.

“Saya akan mendapatka­n rawatan muka di klinik kulit sekali dalam sebulan kerana berdepan kulit bermasalah. Biasalah apabila membabitka­n faktor usia, banyak benda sudah berubah termasuk kulit juga perlukan rawatan.

“Saya mula luangkan masa berkunjung ke klinik kulit untuk menerima rawatan sejak berusia 47 tahun,” katanya.

Salamiah berkata, sebagai penyanyi yang masih menerima undangan persembaha­n, penting untuknya utamakan penjagaan kulit wajah.

Masih memiliki vokal mantap, Salamiah juga ditanya mengenai petua penjagaan suara yang diamalkan.

“Untuk vokal, saya sebenarnya tiada sebarang petua diamalkan. Saya boleh saja makan hidangan pedas. Apatah lagi saya memang kuat makan pedas. Lagi pedas makanan itu, lagi saya berselera walaupun peluh menitis-nitis keluar,” katanya.

Salamiah yang memiliki aura tersendiri dalam fesyen berkata, dia gemarkan gaya ringkas dan sederhana.

“Saya tidak cerewet dalam memilih pakaian tetapi saya utamakan ketelitian sebelum membuat keputusan. Dalam soal ini, saya akan memilih pakaian yang selesa digayakan dan sesuai dengan usia. Saya suka fesyen sederhana dan ringkas,” katanya.

Salamiah berkata, sebagai wanita sudah meningkat usia, dia akan pastikan pakaian dipilih memang sesuai.

 ??  ?? TRIVIA
Penjagaan kesihatan Kawal pemakanan
Tak sentuh makanan ringan
Selesa masak sendiri Suka makan bawang putih
Amalkan aktiviti berjalan kaki
Gaya/penampilan
Pilih fesyen ringkas dan sederhana
Tidak cerewet tetapi
teliti
Sesuai dengan usia...
TRIVIA Penjagaan kesihatan Kawal pemakanan Tak sentuh makanan ringan Selesa masak sendiri Suka makan bawang putih Amalkan aktiviti berjalan kaki Gaya/penampilan Pilih fesyen ringkas dan sederhana Tidak cerewet tetapi teliti Sesuai dengan usia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia