Harian Metro

Biar popular kerana bakat

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Meskipun sudah lebih 10 tahun penggiat teater dan pelakon Mardiana Alwi, 29, membabitka­n diri dalam industri seni tempatan, baru kini kerjayanya menampakka­n sinar.

Segalanya bermula apabila dia diberikan peluang membintang­i drama Akadku Yang Terakhir dan Isteri Tuan Ihsan di Astro.

Kedua-dua drama yang diadaptasi daripada novel itu sangat membantu nama dan bakat lakonannya dikenali masyarakat.

“Selama 10 tahun aktif berlakon, sudah banyak drama saya bintangi. Cuma, rezeki untuk dikenali agak lambat.

“Saya sedar mungkin kurang pendedahan cerita di media dan tiada kisah sensasi membuatkan nama saya kurang jadi perhatian.

“Apatah lagi, kemunculan bakat baru dalam lakonan semakin ramai dan bersilih ganti. Maka, nama saya tercicir,” katanya.

Sentiasa yakin pada rezeki, Mardiana berkata biarpun namanya belum tergolong dalam kelompok pelakon ‘popular’, dia tidak pernah berasa kecil hati, apatah lagi mahu berputus asa.

“Sebenarnya, setiap orang ada pilihan dalam hidup mereka. Begitu juga dengan saya yang sebenarnya lebih selesa untuk bersederha­na dalam apa juga perkara termasuk membabitka­n soal populariti.

“Bagi saya, biar bakat yang membawa saya dikenali masyarakat berbanding menjadi perhatian gara-gara gosip atau cerita sensasi.

“Saya juga yakin mampu popular dengan bakat lakonan dipersemba­hkan, tetapi semuanya bergantung pada rezeki dan ketentuan masa,” katanya.

Sangat menitikber­atkan menjaga nama keluarga sepanjang terbabit dengan dunia lakonan,

Mardiana berkata kini selepas berkahwin dia aktif berlakon bukan untuk mengejar populariti.

“Biarpun saya tahu populariti itu penting kepada seseorang selebriti, tetapi kalau ada rezeki saya percaya tidak ke mana.

“Cuma, sekarang ini saya berlakon kerana minat dan setiap watak diterima harus dilakonkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Akur bakat lakonannya masih belum tercabar dengan watak diterima setakat ini, Mardiana berkata apapun dia bersyukur.

Mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu, Mardiana memberitah­u suaminya, Abdul Aziz Rahamat, 35, sangat memahami minatnya dalam lakonan.

“Alhamdulil­lah, suami masih memberi izin saya berlakon asalkan saya tahu menjaga batas sebagai isteri dan wanita berhijab.

“Bahkan, untuk itu saya juga memastikan tidak terbabit dengan sebarang babak bersentuha­n dan selalu berbincang dengan pengarah,” katanya.

Kalau dahulu, Mardiana kalis cerita sensasi kerana sering ditemani ibu ke lokasi penggambar­an, kini dia bergerak sendiri.

“Ibu memang sudah jarang menemani saya ke lokasi. Mungkin juga kerana ibu yakin saya mampu menjaga diri sendiri dengan baik.

“Lagipun ibu menemani kerana saya belum berkahwin dan tidak matang. Jadi, perlu ibu sebagai peneman kerana tidak mahu saya tersilap langkah.

“Apapun, saya sangat gembira ibu sentiasa di sisi menemankan saya ke lokasi penggambar­an. Sedikit pun saya tidak berasa dikongkong,” katanya.

Meraikan Aidilfitri di Johor dan ibu kota, Mardiana baru-baru ini membintang­i drama radio Sesuci Tautan Ramadan di IKIMfm bersama Asyraf Muslim dan Diana Amir.

Selain itu, sempena sambutan Syawal juga Mardiana tampil dengan telefilem istimewa Aidilfitri, Isteri Tuan Ihsan Raya di Astro.

Melakonkan watak setiausaha Tuan Ihsan, Ratna dalam telefilem itu, pelakon lain yang turut membintang­i ialah Aaron Aziz, Amyra Rosli dan Gambit Saifullah.

Masih belum dikurniaka­n cahaya mata, Mardiana berkata anak, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Katanya, dia dan suami hanya mampu berdoa dan selebihnya menyerahka­n kepada takdir. Jadi, ujarnya, kenalah sabar.

 ?? SOLEKAN MARDIANA:
BUSANA HIJAU ZAMRUD:
BUSANA MERAH JAMBU: ??
SOLEKAN MARDIANA: BUSANA HIJAU ZAMRUD: BUSANA MERAH JAMBU:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia