Harian Metro

Pupuk minat bidang robotik

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Mahu menyemai perasaan minat kepada ilmu sains dan matematik dalam kalangan generasi muda terutamany­a kanakkanak mendorong Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganjurk­an program ‘STEMazing.

Program itu mensasarka­n kanakkanak berusia lima hingga 12 tahun sekitar Taman Sri Lalang Kluang Johor, memperliha­tkan pendekatan interaktif antaranya slot robotik berpotensi mencapai misi berkenaan.

Kerjasama setempat seperti Rukun Tetangga serta UMNO Cawangan Taman Sri Lalang, Kluang, membuka jalan membantu peserta memahami signifikan ilmu berkenaan.

Timbalan Dekan (Alumni dan Hal

Ehwal Pelajar ) Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Dr Mohd Zamani Ngali berkata, program berlangsun­g di Eco-Resort Gunung Lambak itu membuka potensi pelajar sekolah agar memiliki pemikiran kreatif, kritis dan inovatif.

“Program STEM ini ialah singkatan kepada ‘Science’, ‘Techonolog­y’, ‘Engineerin­g’ and ‘Maths’ membabitka­n pelajar sekolah rendah selaku peserta manakala pelajar menengah dari tiga buah sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Lalang, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn berperanan sebagai fasilitato­r.

“Manakala pihak UTHM lima pelajar menjadi fasilitato­r dan moderator untuk program robotik. Semestinya kami berharap pelajar kami bukan semata-mata mahasiswa cemerlang akademik malah mempunyai kualiti dalam pembinaan sahsiah mahupun insaniah.

“Jadi platformny­a ialah menerusi Program STEM yang mana mahasiswa berinterak­si dengan komuniti sekali gus kepentinga­n ilmu sains dan teknologi ini kepada masa depan negara,” katanya.

Buat pelajar tahun pertama Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan, Wan Ahmad Mustaqim Ahmad Zakhi, kemuncak kepada program terbabit ialah bengkel robotik.

“Perancanga­n awal slot robotik bermula jam 12 hingga 1 petang. Tetapi atas sebab tidak dapat dielakkan ditunda sejam kemudian.

“Dalam slot ini sepatutnya ada lima lego berfungsi, sekali lagi kami diuji apabila hanya tiga set robot boleh diturunkan dalam program itu.

“Biasalah benda ini berkaitan dengan teknikal dan program, ada saatnya ketika ‘coding’ lancar tetapi sebaik cuba

 ?? FOTO ?? PROGRAM STEMazing yang berlangsun­g meriah.
FOTO PROGRAM STEMazing yang berlangsun­g meriah.
 ??  ?? KETIKA sesi ‘hand on’ robot.
KETIKA sesi ‘hand on’ robot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia