Harian Metro

Mencari raja lebuh raya

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

4,300 berentap dalam perlumbaan RHB Shimano Highway Ride @ Lekas 2017

Laluan Lebuhraya KajangSere­mban (LEKAS) barubaru ini menjadi medan perlumbaan sengit apabila kira-kira 4,300 peserta perlumbaan RHB Shimano Highway Ride @ Lekas 2017 berentap bagi membuktika­n siapa juara sebenar basikal kategori lebuh raya (RB).

Biarpun trek membabitka­n laluan lebuh raya sepenuhnya, cabaran sepanjang perlumbaan cukup hebat berikutan peserta perlu mendaki dua kawasan berbukit ada antaranya sejauh 500 meter dengan ketinggian hampir 250 meter. Jika tidak kuat semangat, alamat terpaksala­h menolak jentera tunggangan masingmasi­ng.

Tetapi, rata-rata tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan yang ada dan dapat menamatkan kayuhan yang diadakan pada waktu malam itu dengan jayanya.

Dipecahkan kepada lima kategori berdasarka­n jarak perlumbaan berbeza iaitu kategori 105 kilometer (km), 78km, 17km, 12km dan

7km, perlumbaan anjuran Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama Shimano, Lebuhraya KajangSere­mban Sdn Bhd (LEKAS) dan GoSportz Sdn Bhd ini bermula jam 7.55 malam secara berperingk­at.

Aksi mendebarka­n dapat dilihat menerusi dua kategori utama iaitu 105km serta 78km yang kebanyakan­nya disertai pelumba berpengala­man dan penuh dengan babak kejar-mengejar terutama di kawasan lurus selain menuruni kawasan berbukit.

Untuk kategori 105km, ia disertai seramai 1,970 pelumba manakala kategori 78km disertai 2,080 pelumba.

Kategori 105km dipecahkan kepada lima perlumbaan berbeza iaitu Elit, Terbuka Lelaki, Lelaki Veteran, Terbuka Wanita dan Korporat/Kumpulan Terbuka menyaksika­n persaingan sengit dengan jarak perbezaan masa hanya kurang seminit.

Masa paling pantas dicatatkan oleh Mohd Hafiz Hamid (Terbuka Lelaki) dengan catatan 2 jam 36 minit 24 saat diikuti Brian Christophe­r Johnsen (Lelaki Veteran) yang mencatat masa 2 jam 36 minit 28 saat dan Nur Aisyah (Terbuka Wanita) dengan catatan masa 2 jam 36 minit 30 saat.

 ??  ?? ANTARA pasukan berbasikal yang menanti sejak petang.
INFO
RHB SHIMANO HIGHWAY RIDE @ LEKAS 2017 LOKASI: Plaza Tol Kajang Selatan (LEKAS)
KONSEP KAYUHAN: Perlumbaan lebuh raya KATEGORI: 5 kategori (mengikut jarak) 105km, 78km, 17km, 12km dan...
ANTARA pasukan berbasikal yang menanti sejak petang. INFO RHB SHIMANO HIGHWAY RIDE @ LEKAS 2017 LOKASI: Plaza Tol Kajang Selatan (LEKAS) KONSEP KAYUHAN: Perlumbaan lebuh raya KATEGORI: 5 kategori (mengikut jarak) 105km, 78km, 17km, 12km dan...
 ??  ?? Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama Shimano dan Lebuhraya KajangSere­mban (LEKAS) AKSI peserta ketika memulakan perlumbaan.
Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama Shimano dan Lebuhraya KajangSere­mban (LEKAS) AKSI peserta ketika memulakan perlumbaan.
 ??  ?? FADILLAH (duduk lima dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan yang berjaya menamatkan kayuhan.
FADILLAH (duduk lima dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan yang berjaya menamatkan kayuhan.
 ??  ?? ANTARA kanak-kanak yang turut berlumba.
ANTARA kanak-kanak yang turut berlumba.
 ??  ?? GELAGAT peserta yang berkayuh secara santai
dan relaks.
GELAGAT peserta yang berkayuh secara santai dan relaks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia