Harian Metro

Kagumi Menara Berkembar Petronas

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Meskipun berkali-kali wanita genit kelahiran Shizouka, Jepun ini mengunjung­i menara ikonik tanah air, dia tidak pernah jemu.

Dalam setiap kunjungan, Ayaka Kimoto sentiasa kagum dengan keindahan reka bentuk Menara Berkembar Petronas yang berdiri megah mencakar langit Malaysia.

Memiliki memori unik sepanjang di Malaysia, wanita berusia 35 tahun ini sentiasa teruja untuk menempuhi kehidupan di tanah berdaulat ini.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki ke Malaysia dan tujuannya?

Sepuluh tahun lalu, saya pernah datang ke Malaysia apabila ditugaskan bagi penerbanga­n ke Kuala

Lumpur.

Sebelum ini, saya bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbanga­n antarabang­sa dan Malaysia menjadi lokasi pertama ketika saya memulakan tugasan pada 2007.

Kunjungan kali pertama itu membawa saya ke Menara Berkembar Petronas apabila kedudukan hotel berdekatan dengan bangunan ikonik berkenaan.

Banyak kali juga saya datang ke Malaysia kerana tuntutan kerjaya. Mengunjung­i banyak negara di seluruh dunia, saya tetap berasakan Malaysia antara negara terbaik pernah saya lawati.

Apabila saya meletak jawatan sebagai pramugari, saya berhijrah ke Malaysia pada Disember 2014 dan berkhidmat di sebuah pusat bahasa di sini.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum berada di sini?

Tidak banyak yang saya ketahui mengenai Malaysia sebelum saya bekerja sebagai pramugari.

Saya tidak pernah menyangka bahawa Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia sebelum ini.

Apa yang saya tahu bahasa pertuturan di Malaysia dan Indonesia hampir sama.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Kejadian paip air pecah di sekitar Petaling Jaya sebelum ini mengganggu bekalan air ke kawasan kediaman saya.

Hampir tiga hari ketiadaan bekalan air membuatkan saya terpaksa mandi di kompleks beli-belah berdekatan.

Meskipun ia kedengaran lucu, ia memberi memori tersendiri buat saya.

Lebih menarik, dalam situasi berkenaan, hubungan baik dan tolak-ansur antara penduduk juga tidak terjejas.

4. Memori menarik sepanjang berada di Malaysia?

Pengalaman paling unik pernah saya lalui sepanjang di sini adalah melihat kepala lembu yang disembelih ketika ke pasar Chow Kit.

Saya tidak pernah melihat kepala lembu yang disembelih di Jepun.

Ini kerana setiap bahan mentah seperti ayam, lembu mahupun kambing akan dibungkus menggunaka­n plastik mengikut timbangan sendiri.

Jadi, saya tidak pernah melihat kepala ayam mahupun kepala lembu sebelum ini. Bagi saya, ini perkara baru yang saya alami di Malaysia.

5. Destinasi pilihan anda? Pastinya, Menara Berkembar Petronas.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Roti canai kerana ia mengingatk­an saya kepada snek Jepun, crepe.

Cuma crepe berperisa manis manakala roti canai dimakan bersama kari.

7. Malaysia pada mata anda? Malaysia didiami pelbagai kaum, berlatar belakang agama dan budaya berbeza, namun saya tidak dapat merasai sebarang konflik antara mereka.

Keharmonia­n ini menjadi kunci kepada kejayaan dan keamanan Malaysia.

Saya sangat mengagumi Malaysia dan saya berharap Malaysia dapat menjadi lebih maju pada masa depan.

 ??  ?? KAGUMI Menara Berkembar
Petronas.
KAGUMI Menara Berkembar Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia