Harian Metro

Prop drama ceria suasana

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Rimbunan pohon besar di tengah kafe, aksesori hiasan dinding menarik, susun atur meja yang ringkas serta lukisan unik di lantai, menerbitka­n perasaan istimewa sebaik melangkah masuk ke SweeTree Restaurant.

Lebih menarik, sudut bergambar dalam kafe mempamerka­n prop drama bersiri popular Korea, Descendent­s of the Sun untuk mencetus rasa romantis buat pelanggan.

Memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2015, SweeTree Restaurant menyajikan hidangan popular masyarakat Korea Selatan, di samping menu barat. Nama SweeTree Restaurant sangat dikenali penggemar menu Korea Selatan, selain berstatus halal dan enak, saiz hidanganny­a agak besar dengan harga berpatutan.

Menurut pemiliknya,

Justin Park, idea memulakan perniagaan kafe bermula apabila wujudnya permintaan daripada kalangan masyarakat tempatan yang ingin mencuba sajian Korea.

“Bukan saja orang tempatan, bahkan rakyat Korea yang berada di sini turut menggemari hidangan SweeTree Restaurant. Selain menawarkan hidangan istimewa, saya juga cuba mempromosi­kan budaya Korea dalam kalangan pelanggan termasuk dekorasi kafe dan perkhidmat­an.

“Bagi mendapatka­n kelulusan daripada JAKIM, semua material digunakan adalah halal dan buatan Malaysia. Pastinya wujud cabaran buat saya dan isteri untuk menyediaka­n menu asli Korea tetapi selepas beberapa uji kaji, akhirnya kita berjaya mengolah resipi halal yang memiliki rasa sama dengan sajian di Korea,” katanya.

Menyifatka­n hidangan berat seperti Jjambong atau sup makanan laut pedas memiliki cita rasa pedas dan berlemak, Park yakin dengan penerimaan rakyat Malaysia.

Kombinasi pelbagai makanan laut seperti lala, sotong kurita, udang dan kepah menyempurn­akan selera apabila ia dijamu panas bersama nasi atau mi.

Ra Bok Gi atau ramyum bersama telur yang menggunaka­n pes cili merah (gochujang) resipi ciptaan Justin, antara pilihan popular pelanggan.

Ramyum berkuahkan sup merah pedas mengandung­i ‘rice stick’ yang kenyal diperbuat daripada tepung beras, kek ikan dan lobak memberi kepuasan tersendiri kerana rasanya asli dari Korea.

Dol Sot Bibimbab adalah menu nasi campur bersama pes Gochujang yang mengandung­i kimchi, hirisan telur, rumpai laut, kobis ungu, salad, cendawan, timun dan daging mahupun ayam.

Teknik sebenar menjamu sajian sihat ini adalah menggaulka­n semua ramuan di dalam mangkuk dengan rata bagi memastikan pes Gochujang meliputi keseluruha­n nasi putih.

Bagi menu santai pula, kimbab dan injeolmi Bingsu (ais kisar) pilihan tepat.

Bingsu sejenis ais kisar seperti air batu campur versi Malaysia, cuma uniknya Bingsu ini dikisar menggunaka­n ais berperisa susu disajikan bersama kekacang dan ‘rice cake’.

 ??  ?? SAJIAN halal mendapat kelulusan JAKIM.
SAJIAN halal mendapat kelulusan JAKIM.
 ??  ?? DOL Sot Bibimbap dipenuhi sayuran.
DOL Sot Bibimbap dipenuhi sayuran.
 ??  ?? ENAK dimakan bersama mi.
ENAK dimakan bersama mi.
 ??  ?? INFO
SWEETREE RESTAURANT Alamat: 13, L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor
Operasi: Setiap hari (kecuali Selasa)
WAKTU OPERASI: 10.30 pagi hingga 11 malam
PARK
INFO SWEETREE RESTAURANT Alamat: 13, L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor Operasi: Setiap hari (kecuali Selasa) WAKTU OPERASI: 10.30 pagi hingga 11 malam PARK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia