Harian Metro

Kompak berprestas­i tinggi

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sebagai kereta kedua paling laris selepas model XC90 untuk jenama Volvo di Malaysia model terbaru V40 T5 Inscriptio­n kini ditawarkan dengan beberapa ciri eksklusif seperti yang terdapat pada siri 90 mereka.

Model versi peningkata­n (facelift) itu dilengkapi ciri luaran terkini seperti gril hadapan dan logo Volvo Iron Mark, lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘Thor’s Hammer’, rim 17 inci Sarpas dan warna baru diperkenal­kan.

Bahagian dalaman dipadankan kemasan

Milled alumimum dengan logo Volvo terkini dipasang pada roda stereng, paparan sensus dan rantai kunci juga kluster meter digital baharu termasuk plat sisi pintu Inscriptio­n.

Kualiti ruang udara dengan teknologi CleanZone juga dipadankan pada model ini yang bertindak menapis udara luar sebelum ke ruang kabin serta menyahbau kurang enak serta melindungi permukaan ruang dalaman bagi sebarang alahan terhadap pengguna.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Lennart Stegland berkata, V40 adalah model kedua terlaris selepas XC90 yang mula memasuki pasaran Malaysia pada 2013 menawarkan ciri pemanduan dan keselamata­n terbaik.

“Model ini penting untuk pasaran Volvo di Malaysia dengan ciri prestasi dan keselesaan untuk pengguna bakal menarik lebih ramai pembeli dalam segmen berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran.

Model hatchback lima pintu itu dijana enjin DriveE dicas turbo 2.0 liter mampu menghasilk­an kuasa sehingga 245 hp dan tork 350 Nm dengan transmisi kotak gear lapan kelajuan Geartonic dan Sport Mode. Model itu juga mendapat penarafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ciri keselamata­n mendahului pesaingnya dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) atau teknologi Pengelakan dan Penguranga­n Pelanggara­n terutama ketika peman duan di dalam bandar.

Empat warna ditawarkan iaitu putih Ice, hitam Onxy, kelabu Osmium dan Luminous Sand dijual pada harga bermula RM180,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan waranti lima tahun.

Bagi mengukuhka­n segmen pasaran, Volvo juga bakal melancarka­n V40 T4 baru sebagai varian tambahan untuk pasaran di negara ini tidak lama lagi.

 ??  ?? REKAAN terkini dengan ciri siri 90 Volvo.
REKAAN terkini dengan ciri siri 90 Volvo.
 ??  ?? WARNA baru Luminous Sand.
WARNA baru Luminous Sand.
 ??  ?? RUANG dalaman diberi sentuhan aluminium baru.
RUANG dalaman diberi sentuhan aluminium baru.
 ??  ?? BUT untuk muatan dengan kerusi belakang boleh direbahkan.
BUT untuk muatan dengan kerusi belakang boleh direbahkan.
 ??  ?? STEGLAND
STEGLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia