Harian Metro

Rekaan lebih bergaya

-

“Bahagian dalaman lebih luas dan selesa serta kokpit ergonomik untuk kemudahan pemandu antara perincian dihasilkan daripada rekaan A-Pillar baru,” katanya.

Bahagian luaran lebih bergaya dengan gril hadapan berbentuk heksagon menyerlah dengan lampu hadapan serta lampu nyalaan siang (DRL) LED untuk gaya lebih agresif dan bampar belakang sporty.

Rekaan sisi Elantra serba baru ini juga kelihatan umpama sebuah model Coupe dengan profil aerodinami­k untuk aliran angin yang inovatif.

Kerangka daripada Keluli Ketahanan

Tinggi termaju lebih 32 peratus daripada model sebelumnya meningkatk­an kekukuhan dan lenturan bagi kawalan, kesenyapan, tahan lama serta prestasi pemanduan lebih baik.

Ciri keselamata­n terbaik seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik, Pengurusan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman dan Brek Anti-Kunci serta tambahan beberapa teknologi seperti Pengesan Titik Buta dan Sistem Kawalan Tekanan Tayar.

Tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Polar, Hitam Phantom, Iron Grey, Perak Platinum, Biru Marina, Kuning Blazing dan Merah Fiery.

Harga Elantra bermula daripada RM116,388

(2.0 MPI Executive), RM120,588 (2.0 MPI Dynamic) dan RM131,488 (Elantra Sport) (harga atas jalan tanpa insurans) dengan waranti lima tahun atau 150,000km yang mana lebih awal.

 ??  ?? VARIAN sport pilihan ramai. ELANTRA serba baru
tampil menarik.
VARIAN sport pilihan ramai. ELANTRA serba baru tampil menarik.
 ??  ??
 ??  ?? BAHAGIAN dalaman varian Sport.
BAHAGIAN dalaman varian Sport.
 ??  ?? ENJIN 1.6 liter T-GDI.
ENJIN 1.6 liter T-GDI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia