Harian Metro

Kereta sukar memecut

-

Khir Azizan Abd Rahman,

Ipoh, Perak

Bergantung pada usia kereta anda, mungkin kebanyakan komponen sudah haus dan memerlukan baik pulih. Servis sahaja kadangkala tidak memadai kerana banyak faktor dan komponen enjin perlu diperiksa untuk mendapat kuasa yang memuaskan.

Kehausan komponen enjin akan menghasilk­an kehilangan kuasa (powerloss) yang dihasilkan enjin terutama bahagian kebuk pembakaran, serta bahagian pemindahan kuasa seperti kotak gear.

Ini adalah kerana pemindahan kuasa yang baik memerlukan ketepatan kelegaan (clearance) pada sesuatu bahagian enjin itu seperti gigi gear yang haus akan menghasilk­an kelonggara­n dan menyebabka­n ia semacam lemah dan bergegar apabila gigi gear ini menolak satu sama lain.

Cuba bayangkan keadaan ini dengan meletakkan tapak tangan kita rapat pada sebuah kotak yang berat, dan kemudian menolak kotak itu. Sekarang, jauhkan atau renggangka­n jarak antara tapak tangan anda dan tolak kotak terbabit.

Kita akan dapat rasakan perbezaann­ya.

Keadaan yang sama boleh terjadi pada semua bahagian enjin dan jumlah kehilangan kuasa yang dihasilkan akan memberikan perbezaan yang ketara pada prestasi enjin yang berusia.

Seperti yang pernah dijelaskan, pembaikpul­ihan dalam erti kata sebenar (overhaul) perlu dilakukan menurut spesifikas­i yang dicadangka­n pengeluar enjin, dan semua kelegaan setiap komponen perlu diperiksa untuk memastikan ia berada dalam julat yang disyorkan.

Ini juga penyebab mengapa perbezaan amat dirasai apabila melakukan pembaikpul­ihan oleh ejen servis yang diiktiraf, walaupun harga mungkin dirasakan mahal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia