Harian Metro

Minyak pelincir dan gear

-

Kamarul Bahrain Ahmad Zuhdi,

Sungai Petani, Kedah

Seperti yang kami selalu sarankan, gunakan minyak pelincir yang dicadangka­n pengeluar enjin kerana ia sudah diuji dan dikenal pasti bagi memberikan perlindung­an yang mencukupi bagi enjin anda.

Letupan selepas melepaskan penginjak pendikit (throttle) lazimnya terjadi apabila penalaan atau setting karburator yang terlalu mewah (rich-mixture) iaitu berlebihan bahan api, menyebabka­n bahan api yang tidak terbakar akan meletus di ekzos.

Satu lagi sebab ialah pemasaan nyalaan enjin yang berubah sedikit dan menyebabka­n letusan atau nyalaan yang tidak tepat mungkin terjadi bila ekzos anda reput dan mempunyai bahagian tajam di dalamnya. Ia akan menjadi merah membara apabila panas dan meletuskan campuran bahan api yang tidak terbakar tadi.

Ekzos yang terlalu banyak karbon terkumpul akan mendatangk­an hasil yang sama kerana senang menjadi bara apabila panas terutama bila melakukan perjalanan jauh. Periksa semula pemasaan enjin anda (tuning) dan laraskan karburetor­nya semula.

Penggunaan barang tiruan lazimnya akan mendatangk­an mudarat kepada enjin dan kadangkala ia mendatangk­an masalah besar terutama untuk bahagian dalam enjin.

Bayangkan sesebuah pelapik atau bearing yang pecah di dalam enjin sewaktu enjin beroperasi pada rpm yang tinggi. Serpihan logam daripada bahagian yang pecah tadi akan masuk ke bahagian enjin yang bergerak laju dan sudah tentunya mendatangk­an kesan yang amat buruk dan negatif. Sebaikbaik­nya, jangan cuba berjimat untuk alat ganti anda kerana selalunya ia lebih banyak merugikan daripada menguntung­kan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia