Harian Metro

Farmasi untuk komuniti

-

Keluarga Kamariah sediakan penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan untuk semua lapisan umur

kesihatan selepas menghantar anak ke sekolah atau sebelum masuk kerja. Kami tutup lewat juga sebenarnya untuk membantu mereka yang balik kerja sebelah malam kerana kebanyakan farmasi lain menutup operasi kirakira jam 9 atau 10 malam,” katanya.

Sementara itu, Raina berkata, kelainan farmasi berkenaan apabila pihaknya menyediaka­n ruangan bicara kesihatan dan menganjurk­an aktiviti berkaitan mengikut sambutan bulan kesihatan termasuk menjemput pengamal perubatan untuk meningkatk­an kesedaran amalan gaya hidup sihat kepada orang ramai.

“Kami juga menawarkan banyak makanan dan penjagaan diri organik dari luar negara dan tempatan pada harga berpatutan. Malah, kami bantu pengusaha produk kesihatan buatan sendiri yang menjual dalam media sosial dengan memasarkan produk mereka dalam farmasi ini.

“Selain barangan penjagaan kesihatan, kami menawarkan peralatan sukan dan dapur supaya farmasi kami dilengkapi barangan keperluan orang ramai. Orang ramai juga boleh mendapatka­n khidmat kaunseling dan maklumat pengurusan kesihatan menerusi dua pegawai farmasi bertauliah.

“Kelebihan farmasi ini apabila orang ramai boleh membuat tempahan belian dalam talian dan mengambiln­ya pada waktu ditetapkan. Kaedah ini diamalkan banyak farmasi di negara asing supaya pengguna berupaya memperoleh kesihatan lebih baik,” katanya.

 ?? FOTO: ?? (DARI kiri) Khaled, Kamariah, Avi Ibrahim,
Miller dan Raina sama-sama meminati penjagaan kesihatan
sebelum sepakat membuka farmasi.
FOTO: (DARI kiri) Khaled, Kamariah, Avi Ibrahim, Miller dan Raina sama-sama meminati penjagaan kesihatan sebelum sepakat membuka farmasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia