Harian Metro

Imunisasi lindung anak

-

Sayang anak bermula dengan imunisasi :

Sebagai ibu bapa prihatin, langkah pertama yang perlu diambil kira untuk menjamin kesihatan dan kualiti hidup cahaya mata dari peringkat bayi hingga mereka dewasa ialah memberikan imunisasi. Penyakit berjangkit penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak.

Imunisasi adalah cara efektif bagi mencegah dan mengurangk­an penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap.

Antara penyakit yang dapat dicegah menerusi imunisasi ialah penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalit­is, hepatitis A dan B, Diptheria, Influenza B dan polio.

Penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanakkanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit lain.

Imunisasi adalah perlindung­an:

Apabila kuman penyakit masuk ke dalam tubuh anda, mereka mula membiak. Sistem imun anda mengiktira­f kuman ini sebagai penceroboh asing dan akan bertindak balas dengan membuat protein yang dipanggil antibodi.

Tugas pertama antibodi adalah untuk membantu musnahkan kuman yang membuat anda sakit. Mereka tidak boleh bertindak pantas untuk menghalang anda daripada sakit tetapi dengan menghapusk­an kuman penyerang, antibodi membantu pertingkat­kan sistem imuniti.

Tugas kedua antibodi adalah melindungi anda daripada jangkitan masa depan. Mereka kekal dalam aliran darah dan jika kuman sama pernah cuba untuk menjangkit­i anda lagi walaupun selepas bertahun, sistem imuniti anda boleh mengenali kuman penyakit ini.

Dengan cara inilah antibodi bekerja melawan kuman tertentu dan dapat memusnahka­n kuman itu sebelum berpeluang membuat anda sakit. Ini adalah imuniti. Ia faktor mengapa kebanyakan orang mendapat penyakit seperti campak atau cacar air hanya sekali, walaupun mungkin terdedah banyak kali kepada kuman sama sepanjang hayat mereka.

Vaksin sebagai penyelamat :

Vaksin menawarkan penyelesai­an kepada masalah ini. Mereka membantu anda membentuk imuniti tanpa jatuh sakit. Vaksin diperbuat daripada kuman sama (atau sebahagian daripadany­a) yang menyebabka­n penyakit misalnya, vaksin polio diperbuat daripada polio virus.

Bagaimanap­un, kuman dalam vaksin adalah sama ada dibunuh atau dilemahkan sehingga mereka tidak akan membuat anda sakit. Vaksin yang mengandung­i kuman lemah atau dibunuh diperkenal­kan dalam badan, biasanya melalui imunisasi/suntikan. Sistem imun bertindak balas terhadap vaksin dengan cara yang sama apabila ia diserang oleh penyakit dengan membuat antibodi.

Antibodi memusnahka­n kuman vaksin hanya kerana mereka adalah kuman penyakit. Kemudian mereka tinggal di dalam badan anda, memberikan imuniti. Jika anda pernah terkena penyakit sebenar, antibodi yang ada akan melindungi anda.

Di Malaysia, setiap ibu yang baru melahirkan akan diberikan buku jadual imunisasi bayi sebagai langkah pertama memberikan perlindung­an kepada cahaya mata.

Jadual imunisasi yang disyorkan adalah untuk melindungi bayi dan kanak-kanak awal dalam kehidupan, kerana golongan ini dikategori­kan sebagai golongan paling lemah dan mudah terdedah kepada penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa.

Semak jadual usia atau lingkungan umur anak untuk setiap vaksin yang diwajibkan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Jika anak anda terlepas sebarang suntikan, berbincang dengan doktor untuk menentukan tarikh imunisasi keciciran vaksin. Jangan segan untuk bertanyaka­n doktor anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia