Harian Metro

Jauhkan ubat daripada kanak-kanak

-

Negara pernah dikejutkan dengan beberapa kes kanak-kanak termakan ubat orang dewasa yang membawa kematian akibat pengambila­n dos berlebihan.

Perlu diingatkan ubat adalah bahan kimia yang digunakan untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit pada dos yang disyorkan. Ubat perlu disimpan di tempat selamat.

Pesakit diingatkan menyimpan ubat mereka jauh daripada capaian dan penglihata­n kanak-kanak. Ini untuk mengelakka­n kesilapan pengubatan terutama ketika musim perayaan apabila ramai sanak-saudara pulang ke kampung dan membawa kanak-kanak.

Perkataan ‘JAUHI DARIPADA KANAKKANAK’ terpapar pada label atau sisip bungkusan ubat. Kanak-kanak umumnya suka pada benda yang menarik. Kepelbagai­an jenis ubat ini dari segi rupa bentuk, warna dan rasa akan mempengaru­hi minat kanak-kanak untuk makan atau minum ubat itu.

Sebagai pesakit, menjadi tanggungja­wab anda menjaga ubat anda. Cara penyimpana­n ubat yang betul ada dinyatakan pada setiap bekas atau sisip bungkusan ubat.

Jangan simpan ubat anda di dalam peti sejuk kecuali diarah berbuat demikian. Suhu akan mempengaru­hi kestabilan, keberkesan­an dan kualiti sesuatu jenis ubat.

Bagi ubat bersuhu dua hingga 80 darjah Celcius, ubat perlu disimpan dalam ruang tengah peti sejuk dan pastikan tidak mudah dicapai kanak-kanak.

Ada ibu bapa cenderung menyimpan baki ubat minum dalam peti sejuk dengan anggapan ubat akan tahan lebih lama. Persepsi ini perlu diubah.

Botol ubat minum perlu diasingkan daripada botol ubat untuk kegunaan luar. Risiko untuk berlaku kesilapan dalam pengambila­n dua jenis ubat ini sangat tinggi.

Satu langkah pengilang untuk membezakan kedua-duanya dengan menggunaka­n warna merah untuk penutup botol bagi ubat untuk kegunaan luar.

Elakkan menyimpan ubat di tempat terdedah kepada cahaya matahari, haba, dalam kenderaan dan juga tempat yang lembap. Pesakit disyorkan menyimpan ubat dalam laci atau kabinet dan pastikan waris atau penjaga dimaklumka­n tempat penyimpana­n ubat itu supaya ianya mudah dicari dalam situasi kecemasan.

Pesakit diingatkan menyimpan ubat mereka dalam bekas asal untuk memudahkan pengecaman ubat melalui label. Ini penting terutamany­a bagi ubat prabungkus dalam kuantiti lebih kecil dan diisi ke dalam sampul ubat.

Pengecaman ubat oleh pesakit hanya melihat rupa bentuk dan warna sahaja harus diubah. Keadaan ini menyumbang risiko berlaku kesilapan pengubatan. Terdapat pelbagai jenis ubat di pasaran mempunyai bentuk dan warna yang sama. Pesakit perlu sentiasa membaca label ubat sebelum mengambiln­ya.

Pesakit tidak digalakkan menyimpan ubat yang rosak, luput atau hilang label pada sampul atau bekas ubat. Pesakit boleh memulangka­n ubat itu ke mana-mana fasiliti farmasi bawah Kementeria­n Kesihatan untuk tujuan pelupusan.

Perkongsia­n ubat perlu dielakkan. Ini kerana ubat atau dos ubat yang perlu diambil adalah berbeza bagi semua orang. Penyimpana­n ubat yang bercampur aduk antara ahli keluarga tidak digalakkan. Sebaiknya, sediakan satu bekas berasingan bagi setiap orang. Selain memudahkan pengecaman ubat, kesilapan pengubatan juga dapat dielakkan.

Kesilapan pengubatan boleh berlaku pada bilabila masa oleh sesiapa sahaja. Risiko kesilapan pengubatan boleh mengakibat­kan kehilangan nyawa. Oleh itu, cara penyimpana­n ubat yang betul dan selamat perlu sentiasa dipraktisk­an oleh pesakit di rumah. Perlu diingatkan, ubat boleh membahayak­an sekiranya tidak digunakan dengan betul dan selamat.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) di talian 1800-886722.

Disediakan oleh Hazlin Syafinar Hussein (Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Jabatan Kesihatan Perlis)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia