Harian Metro

Henti hadap gajet

- Hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Banyakkan aktiviti fizikal, amal pola pemakanan sihat bagi mengelak sakit belakang

Dianggarka­n lebih 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabka­n kerja dan aktiviti harian terganggu. Manakala di Amerika Syarikat, 25 peratus orang dewasa dilaporkan mengalami sakit pinggang yang berlaku selama sehari dalam tempoh tiga bulan terakhir manakala lapan peratus melaporkan mengalami sakit yang teruk tahun lalu.

Insiden sakit belakang boleh berlaku pada usia 20an dan meningkat pada usia 60 hingga 65 tahun. Kajian di Malaysia melaporkan 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.

Perunding Neurosuger­i Tulang Belakang dan Streotakti­k Radiosurge­ri Hospital Beacon, Dr Kevin Sek Weng Yew berkata, antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.

“Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.

“Bagi mengelakka­n gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalka­n pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti.

“Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratk­an,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurut Kevin, beberapa kaedah digunakan bagi merawat sakit belakang mengikut tahap keterukan. Antaranya ubat-ubatan, suntikan, fisioterap­i serta pembedahan.

“Kebanyakan sakit belakang berlaku secara tiba-tiba dan membimbang­kan tetapi tidak berbahaya. Kesakitan akan berkurang dengan mengambil ubat antiradang atau analgesik seperti parasetamo­l.

“Sakit belakang berlaku apabila anda cuba mendapatka­n badan untuk melakukan sesuatu di luar kemampuann­ya. Ia tidak selalunya menunjukka­n masalah yang lebih serius, malah kira-kira 80 hingga 90 peratus sembuh dalam tempoh singkat,” katanya.

Tidak ketinggala­n, Kevin turut menjelaska­n ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc.̓

“Disc ialah tulang rawan di antara segmensegm­en tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehka­n pergerakan (mobiliti) tulang belakang.

“Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapan­nya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabka­n sakit belakang.

“Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, menyucuk dan kebas.

“Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterap­i,” katanya. BAGAIMANA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSI­S

Sejarah keluarga dan pemeriksaa­n fizikal

Ujian sinar X dan MRI

PANDUAN HINDAR SAKIT BELAKANG

Mengangkat barang Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.

Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorang­an.

Duduk

Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangk­an tekanan pada cakera tulang belakang. Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabunganka­n aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.

Memandu

Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.

Sokong bahagian bawah belakang menggunaka­n tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.

Tidur

Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuha­n atau apabila tidur menelentan­g, letakkan bantal di bawah lutut.

Berdiri dan berjalan

Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan. Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.

 ??  ?? DR Kevin
DR Kevin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia