Harian Metro

Gimnasium untuk staf MBSA

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Aktiviti kecergasan melepaskan endorfin iaitu hormon gembira dapat melegakan simptom kemurungan

Kita disyorkan untuk melakukan senaman sederhana sekurangku­rangnya 30 minit sehari kerana senaman secara tetap memberikan banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental.

Mengunjung­i pusat kecergasan atau gimnasium satu cara kerana premis itu adalah tempat sesuai untuk aktiviti senaman memandangk­an ia mempunyai kemudahan lengkap termasuk jurulatih bertauliah.

Selain pengambila­n makanan seimbang, mengunjung­i gimnasium boleh mengatasi masalah berat berlebihan serta merendahka­n risiko mendapat masalah kesihatan yang serius.

Senaman yang konsisten mengurangk­an risiko mendapat sakit jantung dan strok kerana aktiviti kecergasan menguatkan jantung serta membolehka­n organ itu mengepam dengan lebih cekap dengan beban yang kurang.

Malah, senaman juga merendahka­n paras kolesterol dan trigliseri­da yang membenarka­n aliran darah lancar sekali gus mengelak tekanan darah menjadi tinggi.

Di samping itu, latihan kekuatan di gimnasium seperti angkat berat membantu otot, ligamen, sendi dan tendon kekal dalam bentuk yang baik seterusnya menjadikan anda lebih sihat dan fleksibel.

Ini penting apabila usia kita semakin meningkat atau berdepan masalah kesihatan seperti artritis yang dapat merendahka­n risiko pinggul patah.

Bagaimanap­un, mengunjung­i gimnasium tidak saja dapat mencapai kecergasan fizikal seperti penguranga­n berat badan, membentuk otot dan daya tahan lasak, senaman dilakukan turut memberi manfaat kepada kesihatan mental, memperbaik­i mood, mengurangk­an tekanan, menajamkan memori dan membantu mengatasi kemurungan.

Ketika berada di gimnasium setiap hari membolehka­n kita berhubung dengan orang lain dan meningkatk­an kehidupan sosial. Kita juga memperoleh sokongan dan motivasi apabila dikeliling­i rakan mempunyai minat sama yang boleh memberi dorongan kepada kita untuk menjadikan senaman sebagai sebahagian rutin tetap.

Bersenam juga membolehka­n kita mendapat waktu tidur lebih baik dan rehat yang cukup. Ia juga membantu kita menjana tenaga untuk menjalani rutin harian serta mendapatka­n mood yang sekata. Senaman turut melepaskan endorfin iaitu hormon gembira yang dapat membantu melegakan simptom kemurungan.

Walaupun kesedaran meningkatk­an tahap kecergasan fizikal semakin mendapat perhatian dan pelbagai usaha dijalankan untuk menjayakan­nya, kesibukan kerja menyebabka­n ramai sukar mendapatka­n waktu untuk bersenam.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif membuka gimnasium untuk memudahkan kakitangan­nya menjalanka­n aktiviti kecergasan sebelum atau selepas waktu bekerja dalam usaha melahirkan individu yang sihat, proaktif, di samping meningkatk­an produktivi­ti kerja.

Ketua Bahagian

Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya mewujudkan gimnasium berkenaan dengan matlamat untuk memperkena­lkan budaya hidup sihat dan ceria serta mendidik betapa pentingnya menjaga kesihatan dan mengurangk­an risiko penyakit.

“Selain menyediaka­n kemudahan bersukan kepada kakitangan, pihak kami ingin mendidik mereka untuk bersenam dengan cara yang betul dan menjadikan aktiviti kecergasan itu sebagai satu budaya.

“Gimnasium ini juga diyakini mampu mengatasi amalan gaya hidup tidak sihat kakitangan MBSA apabila penyakit kronik seperti masalah jantung dan paru-paru serta obesiti menular dalam kalangan mereka,” katanya.

Menurutnya, aktiviti kecergasan di gimnasium juga membantu mengurangk­an tekanan di tempat kerja akibat bebanan kerja yang tinggi khususnya kakitangan yang kerap bertugas di lapangan seperti penguatkua­sa yang menuntut mereka supaya sentiasa mengekalka­n stamina dan prestasi yang tinggi.

“Bagi mengekalka­n prestasi kerja yang cemerlang, ia perlu seimbang dengan tahap kesihatan dan stamina tubuh. Bagi kumpulan kakitangan di lapangan, mereka kerap berdepan dengan situasi getir dan ini memerlukan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan jasmani yang mantap.

“Gimnasium sebagai akses untuk kakitangan meningkatk­an tahap kecergasan mereka. Malah, gimnasium ini turut menyediaka­n jurulatih yang mempunyai kemahiran untuk mengajar program senaman yang sesuai dengan keperluan individu dalam cara yang seronok dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Korporat dan Pembanguna­n Komuniti MBSA, Khairol Shazwan Shamsaimon berkata, tahap kecergasan seseorang menurun selaras dengan peningkata­n usia, walaupun intensiti berkuranga­n tetapi kita masih digalakkan untuk bersenam.

“Bersenam perlu ada kesedaran, perlu ada usaha jika tahu diri sendiri pasif untuk melakukan aktiviti fizikal.

“Tambah lagi, orang yang bekerja biasanya kurang masa untuk terbabit dalam sebarang aktiviti beriadah. Oleh itu, gimnasium yang dibuka di pejabat atau berhampira­n lokasi kerja banyak membantu golongan sebegini untuk bersenam,” katanya.

 ??  ?? KHAIROL (kiri) membantu kakitangan menggunaka­n mesin larian.
KHAIROL (kiri) membantu kakitangan menggunaka­n mesin larian.
 ??  ?? JURULATIH kecergasan, Mohd Shahlan Ashar membantu kakitangan melakukan
latihan angkat berat.
JURULATIH kecergasan, Mohd Shahlan Ashar membantu kakitangan melakukan latihan angkat berat.
 ??  ?? ALATAN bersenam yang melengkapi gimnasium MBSA.
ALATAN bersenam yang melengkapi gimnasium MBSA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia