Harian Metro

Banteras mitos parasetamo­l

-

berasa gembira bekerjasam­a dengan pakar tersohor yang berganding bahu bagi mencapi matlamat mendidik dan memperkasa­kan individu dari segi cara mereka menguruska­n penyakit serta memberikan nasihat perubatan yang boleh dipercayai kepada masyarakat.

“GSK menyokong usaha kumpulan seperti MedTweetMY dan Medical Mythbuster­s Malaysia yang menggunaka­n pelbagai platform media sosial untuk mendidik rakyat Malaysia dan membentera­s mitos perubatan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi dan pengasas MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz berkata, MedTweetMY adalah wadah untuk memuat naik maklumat perubatan yang boleh dipercayai dan mudah diakses menerusi media sosial untuk rakyat Malaysia.

“Kami lihat makin ramai individu yang mendapatka­n

Penularan dakwaan kesan negatif ubat tahan sakit ini perlu dikenal pasti dan dihentikan segera

nasihat perubatan menerusi Internet. Bagi kami, amat penting menyediaka­n sumber bagi masyarakat Malaysia yang tidak sahaja memberikan maklumat perubatan tepat secara saintifik, juga membantera­s mitos perubatan yang tular menerusi laman web.

“Kami harap usaha ini memainkan peranan penting untuk membantu rakyat Malaysia mendapatka­n maklumat dan membuat keputusan tepat mengenai ubat kerana kurang faham atau maklumat yang tidak tepat boleh menyebabka­n kesan negatif pada kesihatan mereka.

“Kami juga menggalakk­an rakyat Malaysia menyemak sumber maklumat sebelum berkongsi dengan orang lain kerana tindakan mereka boleh mengeliruk­an orang ramai dan membuat keputusan yang kurang tepat,” katanya.

 ??  ?? PARASETAMO­L ubat tahan sakit bagi kesakitan ringan hingga sederhana.
PARASETAMO­L ubat tahan sakit bagi kesakitan ringan hingga sederhana.
 ??  ?? KHAIRUL (kiri) bersama Mary (tengah) serta Thravin pada taklimat menyanggah mitos dan fakta, mengenai parasetamo­l baru-baru ini.
KHAIRUL (kiri) bersama Mary (tengah) serta Thravin pada taklimat menyanggah mitos dan fakta, mengenai parasetamo­l baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia