Harian Metro

Disiplin ambil makanan, senaman

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pendapat

umum kononnya obesiti adalah masalah kosmetik

bukan kesihatan menjadikan masalah ini lebih kritikal

Obesiti dan kegemukan adalah penyakit yang melanda banyak negara di dunia terutama negara maju dan makmur. Malaysia tidak terkecuali dalam masalah ini dengan sebab utama masalah berlaku adalah kerana pengambila­n makanan yang terlalu berlebihan. Ia turut diburukkan lagi oleh kecenderun­gan terhadap makanan manis sejak usia muda lagi.

Baru-baru ini, Asia Roundtable on Food Innovation for Improved Nutrition (ARoFIIN) mengeluark­an laporan terbaru bertajuk Menangani Obesiti di Asia Tenggara: Kadar, Impak dan Panduan Campur Tangan bagi menggesa pihak berkuasa kesihatan menggandak­an usaha dalam menangani masalah obesiti untuk mengurangk­an beban terhadap sistem penjagaan kesihatan.

Dalam laporan dihasilkan Economist Intelligen­ce

Unit (EIU) yang pertama menjalanka­n analisis terperinci ke atas impak ekonomi obesiti terhadap Asia Tenggara, mendapati bilangan obes di Malaysia adalah lebih ramai berbanding negara lain dalam rantau berkenaan.

Enam negara dikaji dalam laporan berkenaan membabitka­n Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Hasil kajian mendapati negara kita memiliki kadar obesiti dan kegemukan tertinggi iaitu masing-masing 13.3 peratus dan 38.5 peratus.

Masalah ini menelan 10 hingga 19 peratus daripada keseluruha­n perbelanja­an penjagaan kesihatan di Malaysia. Ini menjadikan Malaysia mempunyai perbelanja­an terbesar di Asia Tenggara bagi masalah yang berkait dengan obesiti. Indonesia turut terkesan dengan masalah obesiti apabila mengeluark­an perbelanja­an negara sebanyak lapan hingga 16 peratus daripada jumlah perbelanja­an kesihatan negara berkenaan.

Singapura pula adalah ketiga terbesar mengeluark­an perbelanja­an negara untuk menangani beban akibat obesiti membabitka­n tiga hingga 10 peratus perbelanja­an penjagaan kesihatan negara. Perbelanja­an menampung beban obesiti paling rendah di Vietnam membabitka­n kos satu hingga tiga peratus daripada keseluruha­n perbelanja­an kesihatan negara itu.

Selain kos, masalah yang berkaitan dengan obesiti mempunyai implikasi yang besar. Berdasarka­n laporan itu, obesiti mengurangk­an tahun produktif dengan purata antara empat hingga sembilan tahun di keenamenam negara.

Malaysia mengalami kerugian tahun produktif yang terbesar akibat obesiti dalam kalangan perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan juga kerugian tahun produktif kedua terbesar akibat obesiti bagi lelaki berusia antara enam hingga 11 tahun.

Ketika obesiti meningkatk­an risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), negara ini terus menanggung beban yang berat berikutan NCD menjadi punca bagi tiga daripada setiap empat kematian. Malah, segelintir golongan dewasa didapati mengalami masalah diabetes dan darah tinggi yang tidak didiagnosi­s.

Kurang senaman, kualiti pemakanan yang rendah, faktor budaya dan kesedaran yang rendah mengenai obesiti dikatakan sebagai punca utama masalah berat badan ini di Malaysia. Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia melaporkan hanya satu pertiga golongan dewasa pernah bersenam, manakala hanya 14 peratus yang melakukan senaman yang mencukupi.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pula mendapati bahawa 92.5 peratus dewasa berusia 18 tahun ke atas mengambil kurang daripada lima bahagian buah-buahan dan sayuran dalam sehari. Faktor budaya seperti sikap gemar makan dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping budaya menjamu tetamu dengan makanan turut menyumbang kepada masalah obesiti. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, penekanan yang tinggi terhadap kecemerlan­gan akademik pelajar termasuk kanakkanak menyebabka­n waktu kelas tambahan yang panjang dan kerja rumah yang banyak sehingga menjejaska­n waktu untuk mereka menjalani pendidikan jasmani.

Lebih kritikal apabila kurang kesedaran dan pendapat umum rakyat Malaysia sendiri yang menganggap bahawa obesiti adalah masalah kosmetik dan bukan masalah kesihatan turut menyumbang kepada permasalah­an ini kerana ramai gagal melihat hubungan antara obesiti dengan NCD.

“Adalah penting untuk mengambil langkah yang perlu untuk menggalakk­an aktiviti fizikal di sekolah dan institusi pendidikan lain. Kanak-kanak hari ini dilihat lebih gemar meluangkan masa senggang dengan menghadap skrin (gajet dan komputer) berbanding menjalani aktiviti fizikal di luar rumah.

“Sektor pendidikan mesti agresif dalam memastikan pelaksanaa­n aktiviti fizikal seperti yang termaktub dalam kurikulum dipatuhi. Ini kerana, kunci untuk melawan obesiti adalah disiplin dalam pengambila­n makanan dan senaman,” katanya pada pelancaran kajian berkenaan di ibu negara.

Katanya, pendidikan yang mampan juga kaedah terbaik untuk menentang kadar obesiti dengan mendidik ibu bapa dan institusi pendidikan secara berterusan dan dalam cara yang membina mengenai

 ??  ?? BERSENAM secara tetap membantu mengawal
berat badan.
DR Tee (kiri) membincang­kan laporan menangani
obesiti dalam meja bulat bersama media.
BERSENAM secara tetap membantu mengawal berat badan. DR Tee (kiri) membincang­kan laporan menangani obesiti dalam meja bulat bersama media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia