Harian Metro

Waspada makan pada musim perayaan

-

Sudah menjadi amalan rakyat negara ini apabila penganjura­n rumah terbuka menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas. Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan.

Rata-rata masyarakat Melayu akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dekat dan jauh. Pelbagai juadah yang sedap lagi enak disediakan bagi menjamu tetamu. Semuanya akan nampak sangat menyelerak­an tambah lagi bila makan beramai-ramai.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, di Malaysia yang mempunyai begitu banyak perayaan menyebabka­n rakyatnya terdedah kepada risiko obesiti berikutan ketika musim perayaan mereka akan makan secara berlebihan.

“Sesiapa saja boleh mengalami kenaikan berat badan ketika musim perayaan akibat tidak mengawal kuantiti makanan yang diambil terutama ketika mengunjung­i rumah terbuka.

“Pelbagai menu berkenaan boleh menyebabka­n kita tidak dapat mengawal nafsu makan dan akan makan dengan banyak. Dalam tidak sedar keadaan ini boleh mencetus kepada tabiat pemakanan yang buruk.

“Dalam satu hari mungkin ada lebih satu jemputan rumah terbuka dan setiap rumah kita akan makan banyak, susulan itu berat badan mungkin naik dua atau tiga kilogram. Berat badan kekal meningkat jika kita sendiri yang tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal,” katanya.

Katanya, rakyat

Malaysia disarankan supaya berwaspada dalam pengambila­n makanan dalam musim perayaan ini bagi mengelakka­n daripada masalah obesiti yang menjadi masalah utama negara.

“Mereka dinasihatk­an supaya sedar diri mengenai amalan pemakanan setiap kali musim perayaan bagi mengelak membentuk tabiat pemakanan yang buruk. Saya syorkan rakyat supaya berhati-hati dengan kuantiti makanan yang diambil dan berhemat setiap kali menjamu selera.

“Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak, sebaliknya ambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran. Begitu juga minuman, elakkan mengambil air dengan kandungan gula yang tinggi dan banyak minum air kosong.

“Seimbangka­n pemakanan yang diambil dengan melakukan senaman yang sepatutnya untuk meningkatk­an proses metabolism­e dan penghadama­n yang sihat. Semua ini memerlukan disiplin kerana ia kunci utama dalam penjagaan kesihatan. Tanpa disiplin, pasti hasilnya tidak seperti yang diharapkan,” katanya.

 ??  ?? MAKAN berlebihan juadah rumah terbuka boleh mencetus tabiat pemakanan buruk.
MAKAN berlebihan juadah rumah terbuka boleh mencetus tabiat pemakanan buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia