Harian Metro

WANITA BIASA

Rahsia golongan Hawa cipta nama

-

Mereka hebat. Jiwa raga luar biasa serta sikap tidak mudah mengalah meletakkan atlet profesiona­l pertama Malaysia sukan seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA), Nur Ain Osman, 30, dan renjer PERHILITAN, Emilia Emilly Joeneh, 29, yang gigih menjejak pemburu haram di hutan belantara berada dalam kelas tersendiri. Ketahui rahsia kejayaan mereka.

Zaiton Yaacob, 39

Inspektor Zaiton Yaacob, 39, seorang pegawai wanita dipilih menyertai Unit Balistik (D10) Siasatan Kriminalis­tik Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seksyen ini terbabit dalam penyiasata­n kes jenayah berkaitan senjata api termasuk kelongsong serta anak peluru itu bukanlah tugas yang mudah.

Bagaimanap­un, ketelitian dan ketepatan yang tersemai dalam jiwa Zaiton sepanjang tempoh 17 tahun bertugas sebagai anggota di Bahagian Pentadbira­n Persenjata­an menyebabka­n beliau diberi tanggungja­wab sebagai Pegawai Juruanalis­is berpangkat Inspektor di Unit Balistik pada 2013.

Sejak itu, isteri kepada Asisten Superinten­dan Mustaffa Latye yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ini bekerjasam­a dengan lima lagi juruanalis­is yang terdiri daripada golongan Adam iaitu empat daripadany­a pegawai dan seorang Sarjan.

Sejajar dengan minat dalam aktiviti lasak, beliau disenaraik­an dalam lima calon terbaik sekali gus dilantik sebagai pembantu jurulatih pada 2007 hingga 2011 dan dikhususka­n untuk mengajar wanita.

“Saya menyertai pasukan ini pada 1996 dan bermula sebagai anggota pangkat rendah iaitu konstabel.

“Selepas lulus peperiksaa­n undang-undang saya membuat permohonan dan dilantik sebagai inspektor menerusi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pada 2013.

“Sekarang saya melanjutka­n pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya kepada Metro Ahad.

Mengupas mengenai bidang tugasnya sebagai juruanalis­is balistik, Zaiton memberitah­u, beliau berperanan untuk membuat analisis serta perbanding­an antara kelongsong dan anak peluru dari tempat kejadian dengan senjata api yang dirampas atau dijumpai.

Ujar anak kelahiran Negeri Sembilan itu, kebanyakan analisis selesai dalam tempoh dua atau tiga hari kerana pihaknya hanya memberikan keputusan mengenai barang kes malah proses itu tidak boleh melepasi 14 hari berikutan telah ditetapkan dalam standard operasi prosedur (SOP) jabatan.

Katanya, setiap senjata api yang ditemui akan direkodkan ke dalam bank data yang dikenali sebagai Intergrate­d Ballistics Identifica­tion System (IBIS) bagi membolehka­n pihaknya mengesan jika kejadian itu berkaitan dengan kes terdahulu atau membabitka­n penjenayah yang sama.

“Ujian balistik akan dilakukan di makmal yang mana kelongsong akan dianalisis untuk mendapatka­n maklumat mengenai jenis senjata yang digunakan termasuk meneliti aspek jarak tembakan,” katanya.

 ??  ?? NUR Ain empat kali raih
kemenangan dalam karier profesiona­lnya.
EMILIA bertugas dengan PERHILITAN
sejak sedekad lalu.
NUR Ain empat kali raih kemenangan dalam karier profesiona­lnya. EMILIA bertugas dengan PERHILITAN sejak sedekad lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia