Harian Metro

TIGA KRITIKAL ANJING GILA

Kanak-kanak sakit tenat akibat anjing gila dirawat di Hospital Umum Sarawak

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Tiga orang kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun di Sarawak disahkan positif virus rabies atau penyakit anjing gila.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selepas menerima keputusan makmal mengenai jangkitan berkenaan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, pada Khamis lalu, Bahagian Kawalan Penyakit kementeria­n menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berkaitan tiga kes viral encephalit­is yang dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Menurutnya, kes pertama membabitka­n seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian apabila kanak-kanak itu mula mengalami demam sejak 5 Jun lalu sebelum dihantar mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Balai Ringin, Serian pada hari sama.

“Manakala, kes kedua pula membabitka­n kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dari kampung sama. Kes ini adalah kakak kandung kepada kes pertama dan mangsa mulai demam pada 12 Jun lalu.

“Kes ketiga pula membabitka­n seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebur, Gedong yang mula demam pada 23 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, ketiga-tiga mangsa kini tenat dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, SGH malah, siasatan mendapati ketiga-tiga mereka pernah mempunyai sejarah gigitan anjing sebelum ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak JKN Sarawak sudah melaksanak­an tindakan kawalan dan pencegahan ke atas kejadian ini melalui aktiviti pengurusan kes jangkitan rabies, mengeluark­an amaran jangkitan kepada semua pengamal perubatan, membuka bilik gerakan untuk memantau kejadian dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan wabak.

“Oleh yang demikian, kami ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakka­n dari dijangkiti penyakit rabies.

“Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar selain memastikan anjing peliharaan mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia