Harian Metro

POLIS CEDERA KEJAR TAHANAN

 Lans koperal cedera di kepala selepas lelaki cuba loloskan diri ketika terima rawatan di hospital

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Kecilkan tangan dan guna air mineral sebagai pelincir untuk lepaskan gari. Itu dilakukan seorang tahanan polis yang cuba meloloskan diri ketika mendapat rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, suspek berusia 59 tahun yang ditahan kerana kesalahan dadah itu mengeluark­an tangan daripada gari sebelum berlari keluar melalui tingkap wad tingkat dua hospital terbabit.

Bagaimanap­un, perbuatan itu disedari dua anggota polis yang ditugaskan menjaga suspek dan cuba mengejarny­a namun seorang daripada mereka iaitu Lans Koperal Syed Mohamad Farli Syed Alwi, 30-an, terjatuh ketika mahu menahan lelaki berkenaan.

Menurut sumber, ketika kejadian seorang jururawat lelaki masuk ke wad berkenaan dan mahu menukar tiub air kencing suspek yang dirawat kerana penyakit tibi.

“Selain itu, seorang pesakit lagi iaitu orang awam turut mendapatka­n rawatan di wad berkenaan dan selepas selesai tugasnya jururawat terbabit keluar.

“Ketika itulah suspek mengambil kesempatan mengeluark­an tangannya daripada gari dan perbuatan itu dilihat seorang pesakit yang menjerit memberitah­u suspek melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, dua anggota polis yang berada berhampira­n pintu kemudian meluru masuk dan seorang daripada mereka cuba menghalang suspek yang ketika itu keluar melalui tingkap. “Bagaimanap­un, anggota polis berkenaan dikatakan ditarik suspek hingga menyebabka­n dia terjatuh dan kepalanya berdarah akibat terkena sengkuap di tingkat bawah.

“Suspek pula ketika itu masih berpaut pada tingkap dan cuba meniti ke wad sebelah namun pengawal keselamata­n bersama seorang ahli keluarga pesakit menariknya masuk sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahka­n kejadian terbabit dan menurutnya anggota polis yang terjatuh serta cedera di kepala, pinggang dan kaki sudah stabil namun masih menerima rawatan di HKB.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Mohamad Farli cedera di kepala ketika cuba berkas tahanan lolos.
SYED Mohamad Farli cedera di kepala ketika cuba berkas tahanan lolos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia