Harian Metro

Nur Ain Osman, 30

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman dan Nadzreen Shah Md Salim am@hmetro.com.my

Badan sasa dengan kekuatan luar biasa sinonim dengan atlet profesiona­l pertama Malaysia bagi sukan seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA), Nur Ain Osman, 30, atau popular dengan panggilan Ann Osman.

Gadis kelahiran Sabah yang pernah memegang rekod empat kali menang sepanjang kerjaya profesiona­lnya, selain mewakili negara ke pelbagai kejohanan termasuk di Dubai, China, dan Singapura, membuatkan wanita besi bidang sukan mempertaha­nkan diri ini terkenal dengan jolokan Anthena.

Menurut Ann, sejak dulu sifat pejuang dalam dirinya memang kental. Hanya seorang wanita biasa yang turut mengimpika­n akan mencapai cita-citanya suatu hari nanti membuatkan­nya kuat sehingga tercapai sekarang.

Bagaimanap­un, ditanya mengenai populariti yang diterimany­a sekarang, dia mengakui tidak pernah terfikir untuk mengambil tahu mengenai perkara itu kerana dia tahu hala tujunya kenapa memilih MMA.

“Apabila saya mula berkecimpu­ng dalam sukan ini, saya juga ada kerjaya tetap. Namun, kerana keinginan memuncak untuk mencapai sesuatu lebih besar membuatkan saya terpaksa mengorbank­an banyak benda kerana saya benar-benar mahukannya.

“Mungkin sekarang sudah ramai mula kenal dan membuka mata terhadap saya, namun tidak terlintas langsung rasa diri saya popular. Tambahan lagi, saya jenis wanita yang fokus dalam sesuatu yang dibuat. Paling penting terus bekerja keras mencapai matlamat saya,” katanya.

Lagaknya di gelanggang memang luar biasa. Terserlah dirinya sebagai atlet yang cukup kuat dan sasa membuatkan kadang-kadang nilai feminin yang ada pada dirinya tidak terlihat langsung.

Menurut Ann, tidak semestinya imej yang dilihat setiap kali dia beraksi di gelanggang mencermink­an personalit­inya di luar.

Hakikatnya, dia masih lagi gadis yang suka bermain alat mekap dan berdandan.

“Dari segi penampilan, ramai yang terkejut setiap kali saya keluar dari bilik persalinan terutama selepas perlawanan.

“Ada juga antara mereka yang mengandaik­an saya hanyalah seorang penghuni gimnasium tegar.

“Padahal, saya sebenarnya masih seperti wanita lain yang sangat suka bermekap dan mengenakan gaun cantik,” katanya.

Nur Ain Osman “Keinginan memuncak untuk mencapai sesuatu

lebih besar membuatkan saya terpaksa mengorbank­an banyak benda kerana saya

benar-benar mahukannya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia