Harian Metro

Emilia Emilly Joeneh, 29

-

Kerjaya sebagai renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sememangny­a memerlukan keberanian, kesabaran tinggi dan hati yang kental.

Mereka sebenarnya ‘pahlawan belantara’ yang menjadi benteng pemulihara­an hidupan liar dan mengurus khazanah alam yang amat berharga.

Tugas penguatkua­saan dan kajian di hutan sentiasa berdepan risiko bukan saja daripada binatang buas, malah terserempa­k dengan pemburu haram bersenjata.

Ini ditambah lagi bagi seorang wanita berusia 29 tahun yang menghabisk­an dua minggu setiap bulan di dalam hutan demi kerjanya sebagai renjer PERHILITAN. Gadis kelahiran Ranau, Sabah, Emilia Emilly Joeneh yang kini bertugas di Ibu Pejabat PERHILITAN di Cheras, Kuala Lumpur dianggap istimewa kerana kerjaya itu dimonopoli golongan Adam.

Emilia berkata, dengan nisbah 1:10 renjer lelaki, minat yang mendalam dalam kerjanya membuatkan dia melaksanak­an tugasan yang diama- nahkan dengan penuh minat dan tanggungja­wab.

Menceritak­an pengalaman sepanjang 10 tahun berkhidmat, Emilia berkata, setiap kali memasuki hutan untuk tujuan kajian, mereka perlu membawa bekalan makanan dan keperluan diri seberat 50 kilogram.

“Berat beg yang dipikul melebihi berat badan saya sendiri namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kajian atau inventori haiwan dalam hutan tertentu.

“Kejayaan saya yang paling bermakna adalah mengesan dan menahan suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan gajah bagi mendapatka­n gadingnya,” katanya.

Menurutnya, kejayaan menahan suspek dan senjata digunakan dalam pemburuan gajah menjadikan ia bukti lengkap untuk mendakwa kumpulan penjenayah terbabit.

“Pernah juga kami menerima laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalanka­n kajian menemui bangkai gajah terapung di dalam sungai di kawasan Hutan Simpan di Hulu Perak.

“Susulan itu, pasukan kami menjalanka­n siasatan di lokasi namun untuk ke sana perlu meredah hutan dengan berjalan kaki dari jam 8 pagi dan hanya tiba jam 5 petang kerana laluan tidak boleh dimasuki kenderaan,” katanya.

Emilia berkata, dia juga pernah diberi tanggungja­wab menjadi ibu angkat kepada dua anak Orang Utan Sumatera yang cuba diseludup ke negara ini pada 2015.

“Hampir empat bulan saya tinggal di pejabat bagi menjaga mereka yang memerlukan perhatian seperti menjaga bayi manusia.

“Seawal jam 6 pagi, mereka diberi minum susu setiap dua atau tiga jam sekali, selain perlu menukar lampin,” katanya.

Dia berkata, disebabkan usia anak Orang Utan itu kurang setahun dia langsung tidak boleh berenggang dengan mereka.

“Mereka sangat manja dengan saya, malah enggan disentuh orang lain. Boleh dikatakan pada waktu siang mereka sentiasa mahu dipeluk dan didodoi sebelum tidur jam 7 malam.

“Setiap hari saya akan pastikan jadual meminum susu dipatuhi supaya mereka sihat sebelum diserahkan ke negara asalnya,” katanya.

“Mereka sangat manja dengan saya, malah enggan disentuh orang lain. Boleh dikatakan pada waktu siang mereka sentiasa mahu dipeluk dan didodoi sebelum tidur jam 7 malam

Emilia Emilly Joeneh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia