Harian Metro

‘TETAMU’ LARUT MALAM

Ratusan pekerja nyenyak tidur terima kejutan imigresen

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Ratusan warga asing yang sedang tidur di dua asrama pekerja di Batu 8, Kapar, di sini, terpinga-pinga apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa, awal pagi semalam.

Akibat panik, tiga wanita warga asing cuba melarikan diri dengan meredah kawasan semak berdekatan untuk bersembuny­i.

Pemeriksaa­n mendapati hanya seorang daripada mereka tidak memiliki dokumen lengkap.

Itu antara gelagat dikesan Jabatan Imigresen yang memulakan operasi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas berakhirny­a tempoh permohonan kad sementara

Enforcemen­t Card (E-Kad). Pada serbuan jam 12.30 tengah malam itu, kedegilan 51 warga asing yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak memohon E-Kad mengundang padah apabila ditahan untuk tindakan lanjut.

Selain 86 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya serta Selangor, Op Ikrar turut disertai Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali.

Pada operasi lebih dua jam itu, sebahagian besar warga asing terbabit mendakwa tidak mengetahui tempoh akhir permohonan E-Kad dan majikan memaklumka­n tidak perlu memohonnya.

Mustafar berkata, operasi itu dijalankan serentak di seluruh negara selepas tempoh pendaftara­n dan permohonan E-Kad sejak 15 Februari lalu berakhir kelmarin, sekali gus membuktika­n pihaknya serius memburu PATI.

Menurut beliau, dalam serbuan di dua asrama terletak berdekatan itu, pihaknya memeriksa 239 warga asing termasuk wanita yang bekerja di dua kilang berhampira­n.

“Pemeriksaa­n mendapati 51 daripada mereka yang berusia 17 tahun hingga 45 tahun tiada dokumen perjalanan diri lengkap dan menetap lebih masa.

“Mereka yang ditahan membabitka­n 38 warga Bangladesh, lima warga Nepal dan masing-masing empat warga Myanmar serta Indonesia.

“Manakala 188 warga asing dibebaskan kerana memiliki dokumen perjalanan lengkap serta E-Kad, sekali gus menunjukka­n majikan mereka mematuhi arahan ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas operasi terbabit.

 ??  ?? WANITA yang ditahan dibawa masuk ke dalam trak. KUMPULAN lelaki warga asing beratur sebelum pemeriksaa­n dilakukan. PEKERJA warga asing menunjukka­n kad pengenalan diri kepada anggota penguat kuasa. SEBAHAGIAN daripada puluhan pekerja asing yang ditahan.
WANITA yang ditahan dibawa masuk ke dalam trak. KUMPULAN lelaki warga asing beratur sebelum pemeriksaa­n dilakukan. PEKERJA warga asing menunjukka­n kad pengenalan diri kepada anggota penguat kuasa. SEBAHAGIAN daripada puluhan pekerja asing yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia