Harian Metro

Anuar makin membara

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tidak ada sebarang tekanan buat Anuar Manan (gambar) namun semangat pelumba berpengala­man itu kian memuncak bagi membantu skuad lebuh raya negara mempertaha­nkan dua emas pada Sukan SEA Ogos nanti.

Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) berusia 31 tahun itu menjadi sandaran utama sekiranya rakan sepasukan Mohd Harrif Saleh tidak sempat pulih sepenuhnya daripada kecederaan pinggang yang dialaminya di Tour of Korea minggu lalu.

Jelas Anuar, dia percaya mampu menggalas tugas yang diberikan sekiranya Harrif yang menang acara lepas beramai-ramai dan kriterium dua tahun lalu tidak sempat berada pada prestasi terbaik.

“Tiada tekanan bagi saya namun sekiranya dia sempat pulih untuk Sukan SEA, ia adalah lebih baik kerana peluang untuk menang lebih cerah apabila perlumbaan berakhir dalam kelompok besar.

“Setiap enam pelumba yang terpilih mempunyai peranan masing-masing,” jelasnya.

Anuar meraih gangsa dalam acara lepas beramai-ramai di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu selain perak dalam acara kriterium pada Sukan SEA 2005.

Dia yang berpengala­man luas beraksi bersama pasukan dalam dan luar negara melakar sejarah muncul pelumba pertama negara memenangi peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dan Raja Pecut edisi 2010.

Jelas Anuar, sesi latihan skuad lebuh raya negara akan diteruskan bersama jurulatih Jeremy Hunt di Australia dalam tempoh sebulan.

“Peluang menjalani latihan di Australia adalah bagus kerana kami turut berpeluang mengukur prestasi semasa. Selain latihan, terdapat pertanding­an yang kerap diadakan di sana,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia