Harian Metro

MAU MUKA KARTUN

Lelaki sanggup belanja ribuan ringgit lakukan pembedahan plastik sejak 2014

- Asrizal Aris am@hmetro.com.my

> Sanggup menghabisk­an hampir RM200,000 untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata kerana taasub untuk memiliki wajah seperti watak utama animasi Final Fantasy, Squall Leonhart. Amirul Rizwan Musa, 21, atau lebih dikenali dengan nama Miyyo Rizone bukan melakukann­ya sekadar mahu bersukasuk­a tetapi demi mengukuhka­n kerjaya dan memperluas­kan perniagaan­nya, lapor Asrizal Aris

Taasub untuk memiliki wajah seperti watak utama animasi

Final Fantasy dan Squall Leonheart, seorang pemuda dari Ketereh, Kelantan, Amirul Rizwan Musa, 21, sanggup berbelanja hampir

RM200,000 bagi merealisas­ikan impiannya.

Amirul yang lebih dikenali dengan nama Miyyo Rizone mengakui menjalani beberapa pembedahan plastik pada wajahnya untuk mendapatka­n wajah seperti sekarang bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.

Menurut Amirul, dia sudah menghabisk­an RM150,000 sehingga RM180,000 bagi membiayai kos pembedahan yang dijalankan secara berperingk­at-peringkat sejak 2014 di sebuah hospital

di luar negara.

“Saya memang meminati watak anime sejak kecil terutama watak utama animasi Final Fantasy, Squall

Leonheart dan saya ada menyimpan koleksi patung serta gambar mereka suatu ketika dulu.

“Minat itu mendorong saya cuba menyolek wajah menjadi seperti kartun animasi berkenaan sebelum menyertai pertanding­an Ulzzang Asia secara dalam talian yang disertai pelbagai negara pada 2012,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Amirul berkata, nasib menyebelah­inya apabila dia muncul juara pertanding­an itu dan memenangi hadiah wang tunai AS$5,000 (RM21,538) serta beberapa barangan animasi terkenal.

Menurutnya, kejayaan itu juga mendorongn­ya melakukan pembedahan pada wajah supaya kelihatan lebih realistik seperti watak anime diminatiny­a itu selain untuk mengukuhka­n kerjayanya sebagai model.

“Selepas melakukan pembedahan itu, saya terkejut melihat wajah baru saya. Pada mulanya saya malu apabila berdepan dengan rakan dan orang ramai, tetapi lama kelamaan saya mula yakin dan boleh menerima perubahan itu.

“Sejak itu saya mula aktif dalam perniagaan kosmetik berjenama sendiri dan saya sendiri menjadi model untuk mempromosi jenama kosmetik berkenaan,” katanya.

Amirul berkata, wajah mirip anime yang dimilikiny­a pernah tular di media sosial pada 2014 tetapi tidak sehebat sekarang.

“Sejak wajah saya mula tular semula dua minggu lalu, saya banyak menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji tetapi tidak kurang juga yang mengecam,” kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Sejak wajahnya menjadi tular, akaun Facebook Amirul dikongsi lebih 10,000 pengguna laman sosial.

FAKTA Lelaki minat watak utama Final Fantasy dan Squall Leonheart gembira dapat realisasi impian

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR Amirul yang tular di laman sosial.
GAMBAR Amirul yang tular di laman sosial.
 ??  ?? WAJAH Amirul sebelum jalani pembedahan. Kini
mukanya menyerupai watak anime.
WAJAH Amirul sebelum jalani pembedahan. Kini mukanya menyerupai watak anime.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia