Harian Metro

IBU, ANAK TERPISAH 36 TAHUN

 Ibu sebak bertemu kembali anak sulung terpisah sejak umur dua tahun

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi seorang ibu selepas dipertemuk­an dengan anak sulungnya yang terpisah 36 tahun lalu, Sabtu lalu.

Maimon Salim, 59, berkata, sebaik melihat kelibat anaknya turun dari bas di Terminal Bas Amanjaya, perasaanny­a sebak kerana kali terakhir dia melihat anak lelakinya, Selamat@Nadzrul Mohamed, 38, ketika dia berusia dua tahun.

Katanya, selepas 36 tahun terpisah, sambutan Aidilfitri tahun ini bersama suami dan dua lagi anaknya bertambah meriah dengan kepulangan anak sulungnya itu.

“Sambutan kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana penantian saya mencari anak sejak bertahun-tahun berakhir.

“Sebaik melihat dia turun dari bas, saya terus peluk dan cium dia,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA Perak, di sini, semalam bersama Ketua Biro Khidmat dan Aduan MCA Perak, Jimmy Loh.

Dia yang ditemui bersama suaminya, Mohd Ibrahim Mohamad, 61, berkata, tiga anak termasuk dua anak perempuann­ya diserahkan kepada keluarga angkat oleh kakak iparnya di Batu Kurau, Taiping sejak 36 tahun lalu sebelum mereka ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pengawal keselamata­n.

Sebaik melihat dia turun dari bas, saya terus peluk dan cium dia”

“Ketika itu keadaan terdesak akibat beban kewangan dan terpaksa menumpang rumah kakak ipar pada 1981.

“Saya minta dia menjaga anak saya untuk sementara waktu sementara saya bekerja di Kuala Lumpur, namun ketiga-tiganya diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya.

Sementara itu, Selamat berkata, dia dimaklumka­n rakan pada 28 Jun lalu mengenai pencarian ibu kandungnya menerusi keratan akhbar.

Katanya, sebaik diberitahu perkara itu dia terus menelefon ibu kandungnya sebagaiman­a tertera nombor telefon di atas keratan akhbar berkenaan.

“Sabtu lalu saya ambil keputusan berjumpa ibu di sini (Ipoh) dan menaiki bas dari Kelantan dan duduk bersamanya di sini.

“Hasrat saya mahu jaga ibu dan esok saya mula bekerja,” katanya.

Maimon Salim

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT memeluk Maimon dan Mohd Ibrahim selepas 36 tahun terpisah di Wisma MCA Perak, semalam.
SELAMAT memeluk Maimon dan Mohd Ibrahim selepas 36 tahun terpisah di Wisma MCA Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia