Harian Metro

BALIK KAMPUNG BUNUH BAPA

Peneroka tanah rancangan dikelar zuriat dengan parang

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Wang dipercayai punca seorang bapa dibunuh kejam oleh anak kandungnya di sebuah rumah di FELDA Lui Timur, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, S Valaytham, 73, yang juga peneroka tanah rancangan berkenaan maut selepas lehernya dikelar menggunaka­n sebilah parang dalam kejadian jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang tinggal seorang diri didatangi anak lelakinya berusia 45 tahun yang menetap di Banting, Selangor.

Menurutnya, sebelum itu, suspek dilihat dalam keadaan mabuk dan membuat kecoh di hadapan kedai makan serta kedai runcit dengan memegang sebatang besi.

Katanya, penduduk menghubung­i polis untuk mengawal keadaan dan anggota peronda yang tiba di lokasi mengarahka­n suspek beredar sebelum dipercayai pulang ke rumah bapanya itu.

“Bagaimanap­un, jiran mangsa terdengar bunyi bising seperti ada pergaduhan dari rumah mangsa menyebabka­n jiran terbabit takut lalu menghubung­i polis.

“Anggota ke lokasi menemui mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan masih bernyawa. Anggota kemudian menghubung­i ambulans dan sebaik tiba, pegawai perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, semalam.

Noorzainy berkata, peme- riksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka di leher sepanjang 18 sentimeter, belakang kepala dan belakang badan dipercayai dikelar dan ditetak menggunaka­n parang.

Malah, katanya, siasatan di rumah mangsa juga terdapat kesan pergelutan dan polis turut menemui parang dipercayai digunakan suspek di atas lantai rumah.

“Suspek yang juga anak ketiga daripada enam beradik dipercayai meminta wang daripada mangsa, tetapi tidak diendahkan. Suspek meminta wang untuk perbelanja­an keluargany­a.

“Sebelum itu, suspek ada meminta wang RM200 daripada seorang peniaga untuk diberi kepada isterinya,” katanya.

Beliau berkata, suspek disyaki melarikan diri menggunaka­n kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dan polis kini giat memburu suspek dikenali Chandra Bos yang menetap di Sungai Pelek, Banting, Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ??
 ?? ABNOR HAMIZAM ABD MANAP ?? MAYAT Valaytham terdampar di ruang tamu rumahnya. Gambar kecil, parang panjang yang digunakan ditemui di rumah mangsa.
ABNOR HAMIZAM ABD MANAP MAYAT Valaytham terdampar di ruang tamu rumahnya. Gambar kecil, parang panjang yang digunakan ditemui di rumah mangsa.
 ??  ?? CHANDRA Bos
CHANDRA Bos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia