Harian Metro

‘Arwah menantu tidak hamil’

-

Kuala Terengganu: “Dakwaan menantu saya hamil tidak benar kerana arwah ada pergi membuat pemeriksaa­n doktor baru-baru ini,” kata Minah Endut, 62, ibu mentua kepada Allahyarha­m Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, yang ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Kepong, Kampung Pengadang Baru, di sini, kelmarin.

Menurutnya, arwah menantunya itu juga ‘uzur’ setiap bulan sejak berkahwin dengan anaknya, Abdul Mukmin Ahmad, 35, pada Mac lalu.

Katanya, memang arwah ada mendakwa dirinya seperti mengandung, tetapi selepas membuat pemeriksaa­n di klinik dimaklumka­n doktor kemungkina­n mangsa berasa tidak sihat kerana ‘angin’.

“Saya harap semua pihak dapat memahami. Saya dimaklumka­n ramai netizen di media sosial mendakwa arwah menantu saya hamil ketika kejadian.

“Saya minta semua pihak memahami situasi yang kami alami sekarang ini dan berharap orang ramai memberi ruang kepada keluarga terutama anak lelaki saya yang kehilangan isteri,” katanya.

Dalam kejadian jam 4 petang, Siti Nor Munirah ditemui rentung di dalam rumah keluarga mentuanya oleh anggota bomba selepas memadamkan kebakaran yang memusnahka­n rumah papan dua tingkat berkenaan.

Mayat mangsa ditemui jam 6 petang selepas wanita itu didakwa terperangk­ap di tingkat atas kediaman terbabit.

Adik Abdul Mukmin, Abdul Muklis, 27, yang tidur di dalam rumah berkenaan sempat menyelamat­kan diri selepas menyedari kejadian terbabit.

Sementara itu, Abdul Mukmin yang ditemui pula berkata, dia reda dengan kejadian terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenai insiden terbabit.

“Saya minta semua pihak memahami situasi

yang kami alami sekarang ini

Minah Endut

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia