Harian Metro

Wasiat ‘jalan mati’

Anggota Daish tinggal amanat anak, isteri tidak boleh pulang ke tanah air

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Umpama ‘wasiat gila’. Rakyat Malaysia yang menyertai gerakan militan Daish di beberapa negara Timur Tengah ‘mengharamk­an’ anak serta isteri mereka pulang ke negara asal, sebaliknya terus berjuang dalam apa jua keadaan biarpun mengancam keselamata­n.

Wasiat itu ditinggalk­an kepada keluarga mereka yang turut ‘berhijrah’ di beberapa negara antaranya Iraq dan Syria namun melarang mereka kembali ke Malaysia.

Selain wasiat melarang meninggalk­an negara seperti Syria dan Iraq, mereka turut meninggalk­an amanat supaya isteri mengahwini anggota militan lain manakala anak dilatih menjadi militan cilik termasuk sebagai pengebom berani mati.

Panel Pakar Rehabilita­si dan Deradikali­sasi Pusat Kajian Jenayah Rentas Sempadan (UNICRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, wasiat itu digunakan kononnya demi menyambung perjuangan termasuk memaksa ibu dan anak kekal di negara itu.

“Mereka dilarang pulang ke tanah air (Malaysia) dan mewajibkan isteri mengahwini anggota militan lain.

“Alasan mereka mudah iaitu negara kelahiran sebagai ‘negara taghut’ (menyekutuk­an Allah).

“Bagi mereka, wasiat mengahwini militan lain disifatkan dapat menyambung misi mereka biarpun secara jelas kumpulan Daish adalah pengganas dan terkeluar daripada garis panduan Islam.

“Berdasarka­n maklumat, rakyat Malaysia yang berada di Syria tidak mahu pulang berbanding anggota militan dari negara lain, sebaliknya lebih rela mati di negara itu,” katanya.

Semalam, Harian Metro secara eksklusif mendedahka­n lebih 50 rakyat Malaysia yang berada di beberapa negara Timur Tengah mahu kekal berada di sana dan ‘berjihad’ sehingga mati.

Rakyat Malaysia yang berada di negara itu nekad untuk berjuang sehingga menemui ajal kerana itu saja pilihan memandangk­an jika kembali ke sini meghadapi tindakan perundanga­n seperti dipenjarak­an.

Mengulas lanjut, Mohd Mizan berkata, mereka sama sekali tidak menghirauk­an keluarga di Malaysia, sebaliknya terus agresif berjuang.

“Wasiat ini wujud, malah tetap dipraktikk­an sehingga kini dalam kalangan anggota militan termasuk isu balu yang ditinggalk­an.

“Ada juga wasiat menyuruh anak menjadi pejuang cilik termasuk berhasrat anak mereka menjadi pengebom berani mati,” katanya.

 ??  ?? semalam. Harian Metro, muka depan
LAPORAN
semalam. Harian Metro, muka depan LAPORAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia