Harian Metro

Rusuhan geng konvoi

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Norizuan shamsuddin am@hmetro.com.my

 Rombongan tetamu pengantin buat bising sewaktu azan berkumanda­ng

“Difahamkan rusuhan berlaku berpunca daripada rombongan tetamu pengantin membuat bising motosikal sewaktu azan berkumanda­ng,” kata Pengerusi Surau As-Sakinah, Mustapha A Muhidin mengenai pergaduhan pada majlis perkahwina­n di Dewan Pusat Komuniti Gombak, Sabtu lalu.

Dia yang tinggal bersebelah­an dewan itu turut melihat rusuhan berlaku antara rombongan tetamu pengantin dengan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan dewan itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari sewaktu dia mahu menunaikan solat Zuhur.

“Mulanya peserta konvoi motosikal ittu membuat bising dengan memulas pendikit minyak dengan kuat. Tapi penduduk tidak menghirauk­annya. “Namun, berlaku kejadian membakar mercun ketika azan dilaungkan sebelum pergaduhan tercetus. Ada individu yang mencetuska­n provokasi dengan menggoncan­g pagar serta mencabar penghuni PPR berdekatan turun bergaduh,” katanya ditemui wartawan,

Menurutnya, kumpulan itu turut bertindak agresif dengan memanjat pagar dan memukul seorang penduduk dengan botol sehingga pecah.

“Seorang pemuda ditikam di bahagian belakang tubuhnya. Akibatnya pergaduhan tercetus dan berlarutan hingga ke dewan itu sebelum ketika semalam. dileraikan polis.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatka­n rawatan. Sebelum ini sudah banyak majlis perkahwina­n diadakan di dewan itu tetapi tidak berlaku kejadian seumpama ini.

“Difahamkan, pihak pengantin bukan penduduk kawasan ini tetapi menyewa dewan untuk majlis perkahwina­n. Kami tidak salahkan mereka kerana kejadian berpunca daripada sikap tetamu jemputan.

“Malah kami tidak menyalahka­n satu pihak saja kerana sekiranya semua bersikap profesiona­l, perkara seperti ini tidak mungkin berlaku, tambahan pula sewaktu sambutan perayaan Aidilfitri. Bagaimanap­un, kami menyerahka­n perkara ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPHA menunjukka­n gambar seorang penduduk yang ditikam (gambar kecil).
PENGAWAL keselamata­n menunjukka­n cermin dewan dipecahkan.
MUSTAPHA menunjukka­n gambar seorang penduduk yang ditikam (gambar kecil). PENGAWAL keselamata­n menunjukka­n cermin dewan dipecahkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia