Harian Metro

Disuap cekodok cincin terus keluar

-

Melaka: “Selepas kira-kira lima minit disuap cekodok pisang, Aleesa terus membuang air besar, syukur cincin permata bersadur emas itu keluar,” kata Siti Khatijah Abu Bakar, 24, ibu kepada Nur Dahlia Aleesa Mohd Shuada, lapan bulan, yang tertelan cincin di pakainya, kelmarin.

Siti Khatijah berkata, kejadian itu berlaku di rumahnya di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas, di sini, ketika dia sedang bersiap ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran seorang pemimpin tempatan di Bukit Katil.

Dalam kejadian jam 2 petang, dia baru saja menyarungk­an cincin itu ke jari bayinya yang dibeli di Terengganu, Jumaat lalu ketika pulang menyambut Aidilfitri di rumah keluarga suaminya.

Katanya, ketika menunggu dijemput abang dan kakak ipar kami, Aleesa tiba-tiba terlena lalu dia meletakkan bayinya itu di dalam buaian.

“Tak lama kemudian Aleesa terjaga dan merengek. Saya minta anak kedua Nur Dhaniyah Qistina yang berusia lima tahun menghayunk­an buaian sebelum terdengar Aleesa seperti ter- sedak. Lalu saya hampiri dan tanyakan Dhaniyah, sama ada dia memberikan adiknya makanan.

“Tapi Dhaniyah beritahu adiknya tertelan cincin, saya tidak percaya dan cuba mencari di mana cincin itu tercicir,” kata Khatijah, ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, risau dengan keselamata­n anaknya dia membawa Aleesa untuk menjalani pemeriksaa­n di Hospital Melaka pada jam lima petang sejurus pulang daripada rumah terbuka Aidilfitri.

Ketika sampai di hospital Siti Khadijah, memaklumka­n kejadian berlaku dan doktor kemudian memutuskan untuk melakukan imbasan X-ray terhadap Aleesa.

“Selepas selesai proses itu, kami dapat lihat dengan jelas cincin berkenaan ketika itu tersekat pada bahagian kiri di dalam perut Aleesa.

“Doktor kemudian memutuskan meletakkan Aleesa di bawah pemantauan pihak hospital dan menjangka tempoh dua minggu untuk cincin terbabit keluar secara normal melalui sistem perkumuhan,” katanya.

Bagaimanap­un, Siti Khatijah berkata, kurang 48 jam selepas itu, cincin itu keluar bersama najis jam 8 pagi semalam ketika membuang air.

Dia memberitah­u doktor membenarka­n Aleesa keluar wad Hospital Melaka jam 11 pagi dan mereka terus pulang ke rumah.

Sebagai seorang ibu Siti Khadijah, kesal dengan in-

siden menimpa bayinya dan mengakui cuai kerana memakaikan anaknya cincin.

“Saya kesal dan akui kesilapan. Doktor ada pesan kepada saya jangan pakaikan anak kecil cincin, rantai tangan atau kaki, kerana sebelum ini ada kes bayi tertelan loceng rantai tangan.

“Bagaimanap­un niat saya menyarungk­an cincin itu bukan untuk menunjuk-nunjuk seperti tuduhan dilemparka­n netizen di Facebook (FB). Cuma nak hiaskan anak, cincin itu pula dibeli pada harga RM30 saja,” katanya.

Menceritak­an insiden itu, Khadijah berkata, ketika itu suaminya Mohd Shuada Bakar, 29, yang bekerja sebagai pemandu bas tidak ada di rumah kerana bertugas di Kuantan, Pahang.

Siti Khatijah, memuat naik status dan gambar anaknya di FB untuk mendapatka­n pandangan ibu bapa yang pernah mengalami kes sama, namun dia dikecam segelintir netizen.

Status dimuat naik Siti Khatijah menjelaska­n situasi kejadian itu dikongsi lebih 19,000 pengguna FB.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Khatijah memangku Nur Dahlia yang tertelan cincin ketika ditemui di rumah mereka di Telok Mas. Gambar kecil, imbasan X-ray menunjukka­n cincin yang ditelan Nur Dahlia.
SITI Khatijah memangku Nur Dahlia yang tertelan cincin ketika ditemui di rumah mereka di Telok Mas. Gambar kecil, imbasan X-ray menunjukka­n cincin yang ditelan Nur Dahlia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia