Harian Metro

Pelajar balik raya lari stor terbakar

-

Teluk Intan: Kegembiraa­n pelajar Sekolah Menengah Maahad Al Islah, Sungai Manik, di sini, yang berseronok berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri minggu lalu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sebuah bilik stor blok asrama mereka terbakar lewat malam kelmarin.

Semua 68 pelajar yang melaporkan diri pada petang, kelmarin di asrama berkenaan untuk menyambung sesi persekolah­an selepas cuti panjang bertempiar­an keluar dari asrama ke tempat selamat selepas bilik simpanan kelengkapa­n seperti tilam, katil, meja dan kerusi terbakar jam 11 malam.

Seorang pelajar, Siti Norroslina Noh, 17 berkata, dia bersama rakan tidak menyedari kejadian itu sehingga terdengar jeritan pelajar lain yang memaklumka­n mengenai kebakaran itu.

“Kami tidak sedar kebakaran itu kerana asyik bersembang beramai-ramai sebelum tidur.

“Sebahagian pelajar sudah tidur namun segelintir lagi berbual-bual sebelum terdengar jeritan seorang pelajar lain.

“Kami terdengar jeritan meminta penghuni keluar dari luar bangunan tiga tingkat itu. Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami tidak berjaya mengambil semua barangan milik kami termasuk buku dan bahan bacaan,” kata pelajar tingkatan lima yang berasal dari Kampung Gajah itu.

Sementara

itu, Pengetua sekolah berkenaan, Augus Lokman Sulam bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n pelajar di asrama berkenaan adalah 85, namun ketika kejadian seramai 68 pelajar sudah masuk asrama.

“Semua barangan yang disimpan di dalam stor berkenaan musnah dalam kebakaran itu.

“Kami berterima kasih kepada pihak bomba di atas kecekapan mengawal kebakaran serta mengelak daripada merebak ke bilik lain. Semua pelajar dikumpulka­n di dalam dewan sebelum ditenteram­kan termasuk memberi kata-kata semangat,” katanya ketika di temui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Zulkafle Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.30 malam dan dua jentera pemadam dikerahkan ke lokasi tiba lapan minit kemudian.

Katanya, sebuah jentera pemadam lagi daripada BBP Hutan Melintang turut di kerah ke tempat kejadian dan apabila sampai api marak membakar bilik berkenaan.

“Kami dengan kekuatan 21 anggota keseluruha­n mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain.

“Keseluruha­n operasi memadam kebakaran selesai kira-kira jam 1.10 pagi. Tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? TILAM yang disimpan musnah. ANGGOTA bomba menyiasat stor yang terbakar.
TILAM yang disimpan musnah. ANGGOTA bomba menyiasat stor yang terbakar.
 ??  ?? PENGETUA Sekolah Menengah Maahad Al Islah, Sungai Manik, Augus Lokman Sulam menenangka­n pelajar perempuan yang selamat dalam kebakaran terbabit.
PENGETUA Sekolah Menengah Maahad Al Islah, Sungai Manik, Augus Lokman Sulam menenangka­n pelajar perempuan yang selamat dalam kebakaran terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia