Harian Metro

Cirit dalam seluar

- Norizuan Shamsuddin Norizuan@hmetro.com.my

 PATI ketakutan ketika ditahan imigresen di pusat hiburan

Tercirit di dalam seluar akibat terlalu takut dan gelabah sebaik ditahan anggota Jabatan Imigresen.

Itu gelagat mencuit hati seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) sebaik ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang di sini, awal pagi semalam.

Suspek lelaki warga Nepal itu antara 203 individu termasuk lapan warga tempatan disyaki penyelia serta majikan yang ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menggajika­n pekerja asing tanpa permit.

Dalam serbuan bermula jam 11 malam kelmarin hingga 5 pagi semalam, Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu tujuh premis di tiga lokasi membabitka­n Dengkil, Damansara dan ibu kota menerusi Op Ikrar.

Pengarah Bahagian Operasinya, Saravana Kumar, berkata, serbuan dilakukan membabitka­n kafe, rumah urut, restoran, pusat hiburan, spa, pusat hiburan dan rumah kongsi.

Katanya, seramai 46 anggota imigresen termasuk dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dikerahkan melakukan operasi itu.

“Hasil serbuan itu, seramai 1,250 individu dari pelbagai negara diperiksa.

“Hasil pemeriksaa­n dilakukan, seramai 195 pendatang haram termasuk 62 wanita ditahan membabitka­n warga Uganda, Nigeria, Vietnam, Thailand, China, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Nepal.

“Kami turut menahan lapan individu termasuk tiga wanita disyaki pekerja tempatan atau wakil majikan bagi siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Dengkil di sini, semalam.

Saravana berkata, hasil operasi dijalankan selepas tamat tempoh permohonan E-Kad sejak Jumaat lalu, pihaknya menahan 1,395 pendatang haram.

“Manakala, jumlah majikan yang ditahan adalah seramai 24 individu dan lebih 70 majikan lagi termasuk tujuh majikan warga Afrika akan dipanggil bagi tindakan lanjut.

“Kami menggesa pendatang asing yang tidak sempat membuat E-kad supaya pulang ke negara masing-masing menerusi program 3+1 yang dilaksanak­an Jabatan Imigresen. Mereka perlu membayar kompaun RM400 dan membeli tiket pulang le negara asal bagi mengelakka­n ditahan dan didakwa bersama majikan mereka,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTAimi­gresen memeriksa pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Klang Lama, awal pagi semalam.
ANGGOTAimi­gresen memeriksa pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Klang Lama, awal pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia