Harian Metro

TEMPAH MATI KATAK

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Melaka

Tanpa menghirauk­an risiko mati katak, seorang lelaki dengan selamba memandu Proton Wira miliknya walaupun sedar cukai jalan kereta itu tamat tempoh sejak lebih dua tahun lalu.

Malah, ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Melaka dalam sekatan jalan raya di hari terakhir Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2017 di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini, petang kelmarin lelaki berusia 30-an itu turut membawa bersama beberapa ahli keluargany­a.

Pemeriksaa­n lanjut turut mendapati Proton Wira itu mempunyai nombor pendaftara­n tidak sempurna dengan satu nombornya sudah patah.

Berikutan kesalahan cukai jalan tamat tempoh, pegawai JPJ menyita Proton Wira terbabit untuk membantu siasatan kes dan tindakan selanjutny­a.

Semakan dilakukan mendapati cukai jalan Proton Wira itu tamat pada Januari 2015 namun tidak diendahkan pemiliknya.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri Mohd Fadhil Hasan berkata, sebanyak 716 saman dikeluarka­n pihaknya sepanjang 10 hari Ops HRA 2017 dijalankan bermula 23 Jun lalu.

“Sepanjang tempoh sama kami periksa sebanyak

4,892 kenderaan di beberapa lokasi antaranya

 Lelaki memandu tanpa cukai jalan ditahan dalam operasi

Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Pengkalan Rama dan Jalan Ayer Keroh Lama.

“Daripada jumlah yang diperiksa itu, tindakan dikenakan terhadap 478 kenderaan dengan penunggang motosikal mencatatka­n jumlah paling tinggi,” katanya ketika ditemui.

Mohd Fadhil berkata, sepanjang tempoh Op HRA 2017 JPJ Melaka turut menyita 11 kenderaan iaitu sembilan motosikal dan dua kereta atas pelbagai kesalahan.

 ??  ?? CUKAI jalan tamat tempoh melebihi dua tahun yang ditemui anggota JPJ.
CUKAI jalan tamat tempoh melebihi dua tahun yang ditemui anggota JPJ.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia