Harian Metro

Empat lebuh raya terima penarafan tiga bintang

-

Putrajaya: Sebanyak 95.5 peratus jalan di empat lebuh raya antara bandar di Semenanjun­g Malaysia diberi penarafan tiga bintang menerusi Laporan Pusat Kecemerlan­gan Program Penilaian Jalan Raya (iRAP) 2017 kerana menepati piawaian dan aspek keselamata­n.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu dikeluarka­n oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang membuat penilaian membabitka­n kedua- dua belah arah di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Katanya, secara keseluruha­nnya, penilaian lebuh raya itu membabitka­n jarak keseluruha­n sejauh 2,370 kilometer (km).

“Laporan ini menunjukka­n hasil positif penambahba­ikan yang dijalankan dengan usahasama merentasi pelbagai sektor.

“Ia juga satu petanda bahawa negara sedang berkembang dengan baik dalam mencapai 75 peratus jalan raya tiga bintang ke atas menjelang 2020 nanti,” katanya pada Majlis Sambutan 10 tahun MIROS dan pelancaran Laporan iRAP 2017, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam

Thye, Ketua Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon serta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron.

iRAP sebelum ini melantik MIROS sebagai satu daripada tujuh pusat kecemerlan­gan iRAP di dunia dan turut membantu menjalanka­n penilaian jalan iRAP di Papua New Guinea, Brunei, Indonesia dan Laos selain terbabit dalam pembanguna­n kapasiti.

Pada majlis itu, Liow turut menyaksika­n acara menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara MIROS dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bagi mengenal pasti usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatk­an keselamata­n pengguna jalan raya.

Program iRAP itu akan diperluask­an kepada lebih 4,000km membabitka­n lebuh raya bandar, jalan persekutua­n dan jalan negeri termasuk Sabah dan

Sarawak bagi melengkapk­an laporan berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun selepas bermula November lalu.

Sementara itu, Wong berkata, laporan itu bukan hanya bertujuan memberi panduan kepada pemandu tetapi semua syarikat konsesi untuk melakukan penambahba­ikan fizikal terhadap lebuh raya itu.

“Ia akan dimuat naik di laman sesawang MIROS sebagai panduan kepada orang ramai. Pada masa sama, ia juga sebagai panduan kepada syarikat konsesi melakukan penambahba­ikan dalam tempoh enam bulan.

“Laporan ini akan dikeluarka­n secara berperingk­at dan berakhir dalam tempoh tiga tahun lagi di mana akan merangkumi penilaian terhadap semua jalan di seluruh negara,” katanya.

 ?? Liow ?? Ia juga satu petanda bahawa negara sedang berkembang dengan baik
Liow Ia juga satu petanda bahawa negara sedang berkembang dengan baik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia