Harian Metro

Penggunaan lorong kecemasan berkuranga­n 96.61 peratus

-

Seremban: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sembilan merekodkan penguranga­n kes menggunaka­n lorong kecemasan sebanyak 96.61 peratus berbanding tahun lalu sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2017 yang berakhir kelmarin.

Pengarahny­a, Azrin Borhan berkata, sepanjang Op HRA 2017 bermula 18 Jun hingga 2 Julai itu, pihaknya hanya merekodkan dua kesalahan menggunaka­n lorong kecemasan berbanding tahun lalu, sebanyak 59 kes. Menurutnya, antara sebab utama kejayaan itu adalah hasil rondaan di sepanjang lebuh raya

secara kerap termasuk menggunaka­n Unit Peronda Bermotor (UPB) JPJ selain penguatkua­saan lebih ketat.

“Sebelum ini, kita melakukan Operasi Statik, tetapi tahun ini anggota menjalanka­n rondaan secara kerap menyebabka­n pemandu lebih berhati-hati dan berhemah bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Selain itu, JPJ turut membuka bilik kawalan 24 jam untuk menerima aduan daripada pengguna jalan raya dan melakukan pemantauan sepanjang operasi,” katanya dalam sidang media pada Op HRA 2017 di Jalan Dato Muda Linggi, di sini, malam kelmarin.

Katanya, kaedah yang digunakan itu memberi kesan positif kerana pemandu lebih mematuhi peraturan jalan raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Azrin berkata, sepanjang HRA 2017 pihaknya mencatatka­n penurunan kemalangan sebanyak 876 kes berbanding tahun lalu.

Katanya, sebanyak 2,789 kenderaan diperiksa dengan merekodkan 2,707 kesalahan tahun lalu berbanding 2,759 kenderaan diperiksa dengan 1,831 kesalahan direkodkan, tahun ini.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah mengubahsu­ai kenderaan, tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. Pemeriksaa­n itu dilakukan di lebuh raya dan jalan negeri terutama kawasan yang kerap berlaku kemalangan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ Negeri Sembilan melakukan pemeriksaa­n terhadap kenderaan dalam Op Khas HRA 2017 di Jalan Dato Muda Linggi, Seremban.
ANGGOTA JPJ Negeri Sembilan melakukan pemeriksaa­n terhadap kenderaan dalam Op Khas HRA 2017 di Jalan Dato Muda Linggi, Seremban.
 ??  ?? ANGGOTA AADK memujuk remaja perempuan yang enggan menjalani ujian saringan air kencing.
ANGGOTA AADK memujuk remaja perempuan yang enggan menjalani ujian saringan air kencing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia