Harian Metro

‘AKU BOSS’

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 Dr Vida turut bida nombor plat baru Perak

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman turut membida nombor plat kenderaan siri AKU yang dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Perak bermula semalam sehingga 18 Julai ini.

Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida ketika dihubungi memberitah­u dia menghantar wakil ke JPJ Perak untuk membida dua nombor plat kenderaan siri berkenaan.

Katanya, satu nombor dibidanya menjadi nombor popular manakala satu lagi nombor yang berkaitan dirinya.

“Saya tidak mahu dedahkan nombor dibida ini dan biarlah rahsia, cuma saya mengesahka­n saya ada menghantar wakil membida nombor itu hari ini (semalam),” katanya.

Vida berkata, nombor itu bakal digunakan pada kereta Toyota Vellfire baru yang akan dibelinya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, nombor siri bermula dari nombor 1 hingga 9999 ditawarkan mengikut nombor pilihan masing-masing dengan pendaftara­n RM10.

Zawawi berkata, nombor siri yang ditawarkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Nombor Bernilai Utama iaitu ‘1 hingga 10’, Nombor Popular seperti 9090, 7070, 2266 dan 4400 serta Nombor Menarik iaitu 2222, 4444, 11, 12 dan 14.

Menurutnya, ada beberapa nombor pendaftara­n yang tidak termasuk dalam kategori nombor pilihan namun menjadi pilihan ramai termasuk selebriti turut dimasukkan dalam tender dan dikategori­kan sebagai nombor popular.

“Nombor berkenaan ialah 8055, 1305 dan 805 tidak termasuk dalam kategori nombor pilihan namun disebabkan ramai yang memilih ia dimasukkan dalam tender dan dikategori­kan nombor popular.

“AKU 8055 seperti perkataan ‘AKU BOSS’ tidak dapat dijangka bidaannya kerana ramai yang membidanya,” katanya di JPJ Perak, semalam.

Zawawi berkata, keputusan dijangka diperolehi dalam masa dua hingga tiga minggu selepas tarikh tamat permohonan.

 ??  ?? MOHD Zawawi meletakkan penyata tempahan nombor plat kenderaan siri AKU yang dibuka semalam.
MOHD Zawawi meletakkan penyata tempahan nombor plat kenderaan siri AKU yang dibuka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia