Harian Metro

Dua menteri diarah beri penjelasan esok

- Shamran Sarahan dan Ekhwan Haque Fazlul Haque am@hmetro.com.my

Kerajaan akan menyelesai­kan polemik yang timbul susulan keputusan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) memberi kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu (BM) bagi lantikan kontrak jawatan Pegawai Perubatan UD41 dalam Mesyuarat Kabinet, esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui mesyuarat itu kerajaan akan mendapatka­n penjelasan lanjut daripada Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung keputusan JPA itu.

Beliau berkata, Kabinet akan mendapatka­n penjelasan Datuk Seri Dr S Subramania­m dan Datuk Joseph Entulu Belaun mewakili kementeria­n masing-masing bagi mendapat gambaran jelas mengenai keputusan terbaru yang dibuat itu.

Menurutnya, penjelasan daripada kedua-dua pihak itu penting supaya kontrovers­i yang berlaku berikutan keputusan itu dapat diselesaik­an secepat mungkin.

“Saya akan meminta menteri yang bertanggun­gjawab untuk beri maklumat mengikut perspektif JPA sebagai pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan pejuang Bahasa Kebangsaan.

“Perkara ini (keputusan JPA mengenai BM sebagai syarat lantikan) seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan menteri terbabit terlebih dulu supaya ia tidak lagi menjadi kontrovers­i,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Kunjungan Mesra Gawai Dayak di Kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Taman BDC, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

JPA pada 23 Februari lalu memberi persetujua­n terhadap kelonggara­n syarat kelayakan lulus BM untuk pelantikan secara kontrak bagi jawatan berkenaan.

Langkah itu bagi membolehka­n graduan yang berkelayak­an menjalani latihan siswazah selama dua tahun serta khidmat wajib selama dua tahun.

Namun keputusan itu mendapatka­n reaksi kurang menyenangk­an apabila BM bukan lagi menjadi keutamaan kepada graduan perubatan.

 ??  ?? ZAHID, Abang Johari (kiri) dan Douglas (dua dari kanan) menggulung tikar sebagai simbolik penutupan Hari Gawai, semalam.
ZAHID, Abang Johari (kiri) dan Douglas (dua dari kanan) menggulung tikar sebagai simbolik penutupan Hari Gawai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia