Harian Metro

Jangan lebih sambut hari raya tu. Kerja menunggu!

-

Salam. Selamat bekerja. Selamat kembali ke pejabat dan memulakan tugas selepas lama bercuti raya. Bagi yang berniaga pula, eloklah fokus kepada hal perniagaan. Satu minggu kedai tutup dan tuan punya kedai balik kampung. Tak ada hal tu sebenarnya.

Bila tiba hari raya, kita sambut dengan sebaik mungkin. Walaupun Syawal itu sebulan, eloklah kita berpada-pada menyambutn­ya. Saya tahu ada ramai yang masih bercuti dan meneruskan ziarah ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan.

Budaya kita di Malaysia memang lain daripada yang lain. Untuk raya tahun ini, kita dapat cuti umum tiga hari. Dan ini memberi kita banyak masa untuk berjalan dan ziarahmenz­iarahi.

Bak kata orang sekarang, kita raya sakan! Dalam keadaan begini, suasana hari raya menjadi benar-benar meriah. Walaupun harga barang naik, kita tetap berbelanja kerana hari raya cuma setahun sekali.

Sambutan hari raya juga sudah melalui proses evolusi. Kita sendiri dapat lihat bagaimana perubahan ini berlaku dari tahun ke tahun.

Kini sudah ada rumah terbuka. Konsep ini membolehka­n tuan rumah menjemput semua saudara-mara dan kawan-kawan datang ke rumah pada hari yang ditetapkan untuk jamuan hari raya.

Bagi mereka yang mampu, jamuan dibuat di hotel atau dewan. Ini memudahkan tuan rumah tetapi kos mungkin besar.

Konsep ini memang unik. Ia juga kemudian diterima pakai oleh masyarakat lain yang menyambut perayaan mereka seperti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Hari raya ialah satu sambutan yang penting. Budaya bermaafan antara satu sama lain masih dipegang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kebanyakan keluarga Melayu memulakan sambutan dengan sesi bermaafan sesama mereka. Ia kadang-kadang menjadi satu sesi yang boleh menitiskan air mata apabila terkenang kisah menggurisk­an hati orang tersayang.

Hari ini ialah hari raya yang ke-10. Bagi sesetengah orang, hari ini ialah hari yang kedua masuk pejabat.

Kerja sebenarnya menunggu kita. Kerja tak habis. Kalau minggu lalu kita fokus kepada ziarah-menziarahi, minggu ini kita patut buka fail dan tumpukan perhatian kepada kerja.

Di pejabat pun kita masih boleh beraya dengan rakan sepejabat. Tetapi jangan abaikan tugas menunggu.

Sambutan hari raya dalam kalangan ahli masyarakat kita sudah jauh berlalu daripada kira-kira 30 tahun dulu. Ketika itu, hari raya disambut dua tiga hari saja.

Sebaik habis cuti umum, kita masuk pejabat dan sambutan hari raya terus dikurangka­n. Tetapi apabila masyarakat kita makin mewah dan mendapat pendapatan yang tinggi, sambutan hari raya jadi panjang dan berlarutan. Ia semakin meriah kerana kedudukan ekonomi orang kita bertambah baik.

Apapun, kita jangan lupa. Ada tugasan lain yang penting kena kita lakukan. Kerja. Kita tak dapat nak sambut raya dengan baik kalau kerja kita abaikan.

Bagi orang berniaga, ini lagi mustahak, terutama mereka yang menjalanka­n perniagaan kecil seperti restoran, gerai atau ejen jualan.

Saya tengok ada beberapa restoran dan gerai masih belum dibuka. Tuan punya restoran mungkin masih beraya di kampung. Cepatlah buka restoran dan gerai tu – pelanggan setia awak menunggu nak beraya dengan awak juga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia