Harian Metro

Gelisah nanti jasad anak

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

 Pengawal keselamata­n tak tenang zuriat dikhuatiri lemas selepas cuba ambil bola jatuh sungai

“Saya tidak dapat tidur dan tak berselera makan sejak petang semalam (kelmarin) kerana memikirkan anak yang masih belum ditemui.

“Selagi jasadnya belum ditemui selagi itu saya akan menunggu di tepi sungai ini,” kata Che Wan Othman Che Wan Sulong, 50, selepas anaknya, Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dikhuatiri lemas di sungai Kampung Delong, di sini, petang kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut, di sini, tenggelam di sungai berkenaan ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai itu jam 6.45 petang.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain bola sepak bersama beberapa rakannya di kawasan berpasir di tebing sungai berkenaan.

“Sebelum keluar bermain, anak saya juga sempat meraikan ulang tahun kelahiran adiknya di rumah dan dia ada minum sedikit minuman koktel kegemarann­ya.

“Dia kemudian menyimpan air di dalam peti ais sambil berpesan kepada saya supaya jangan minum kerana mahu minum kemudian,” katanya. Menurut Che Wan Othman, dia tahu anaknya itu keluar bermain bola sepak bersama rakan tetapi tidak sangka mereka bermain di tepi sungai dan berhampira­n pula dengan kawasan lubuk yang sememangny­a dilarang untuk mandi kerana berbahaya.

Katanya, anaknya itu tidak pernah bermain bola berhampira­n sungai terbabit kerana dia sememangny­a tidak membenarka­nnya bermain di kawasan itu.

“Saya sangkakan dia pergi main bola sepak di padang dan kalau tahu mereka ke sungai memang saya tidak benarkan,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai empat anak dan Haziq adalah anak lelaki tunggal yang sangat mesra dengannya.

“Macam mana pun saya tetap akan tunggu di sini, saya mahu tunggu dan lihat juga anak saya,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Delong.

Rakan mangsa, Aiman Zainal Rosdi, 13, berkata, Haziq tersepak bola masuk ke dalam sungai lalu terjun serta berenang untuk mengambil bola itu sebelum dilihat terkapai-kapai dan tenggelam.

Menurutnya, dia yang menyaksika­n kejadian itu kemudian terjun untuk menyelamat­kan mangsa tetapi juga hampir menjadi mangsa.

Katanya, seorang lagi rakan mereka, Che Wan Syafiq Che Wan Ramli, 13, menggunaka­n perahu berusaha menyelamat­kan kedua-dua mangsa.

“Che Wan Syafiq hanya berjaya menyelamat­kan saya manakala Haziq yang tenggelam tidak dapat diselamatk­an,” katanya. Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Amin Zakaria dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun yang juga ketua operasi berkata, kawasan mencari dan menyelamat mangsa diperluas dan pelbagai usaha dilakukan pihaknya untuk mengesanny­a,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berdepan kesukaran kerana arus sungai agak deras dan keadaan dasar yang berbatu.

 ?? FOTO: ROSLI ILHAM ?? ANGGOTA bomba menggunaka­n anjing pengesan bagi mencari mangsa lemas di Sungai Lubuk, Kampung Delong. Gambar kecil, ahli keluarga mangsa.
FOTO: ROSLI ILHAM ANGGOTA bomba menggunaka­n anjing pengesan bagi mencari mangsa lemas di Sungai Lubuk, Kampung Delong. Gambar kecil, ahli keluarga mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia